Buletin

WARNA BAHARU HONDA JAZZ, CARNIVAL RED

Honda Malaysia hari ini memperkenalkan warna baharu untuk semua varian model kompak Jazz. Dikenali sebagai Carnival Red, warna merah menyala itu memang menyerlah.

Honda-Jazz-Carnival-Red-mekanika (1)

Selain penambahan warna, varian S Jazz turut menerima beberapa bentuk penambahbaikan berdasarkan kepada maklum balas pasaran. Antaranya ialah gril hadapan kini berwarna hitam berkilat bersama kemasan plat krom, pemegang plat belakang krom dan cermin sisi boleh ditala secara elektrik.

“Kami mendapati Jazz cukup diminati oleh pelanggan muda yang mahu mendapatkan kereta pertama. Jadi, Jazz dengan warna merah ini sememangnya menawarkan kombinasi terbaik di antara aspek praktikaliti dan keseronokan,” kata Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif  Honda Malaysia, Yoichiro Ueno.

Honda-Jazz-Carnival-Red-mekanika (7)

Sejak dilancarkan pada Julai 2014, Jazz generasi ketiga telah terjual sebanyak 26,126 unit. Model kompak itu dijana oleh enjin 1.5L SOHC i-VTEC yang dipadankan dengan kotak gear CVT. Gabungan itu menawarkan kuasa dan penjimatan.

Jazz turut menawarkan ruang dalaman yang luas. Tempat duduk yang dikenali sebagai Magic Seats itu boleh dilipat dalam empat konfigurasi untuk memberikan ruang terbaik kepada pengguna.

Honda-Jazz-Carnival-Red-mekanika (6)

Jentera itu tambah menarik menerusi pelbagai ciri seperti 9 tempat meletak minuman, paparan audio bersaiz 7 inci, port USB & HDMI dan pendingin hawa automatik.

Dari segi keselamatan pula, Jazz dilengkapi enam beg udara (varian V), Vehicle Stability Assist (VSA) pada varian E & V, Anti-Lock Braking System (ABS) serta ISOFIX.

Honda-Jazz-Carnival-Red-mekanika (2)

Honda Malaysia mensasarkan untuk menjual 200 unit Carnival Red Jazz sebulan. Anda boleh melihat warna baharu tersebut secara dekat di semua bilik pameran Honda di seluruh negara.

Maklumat lanjut, sila hubungi talian tol percuma Honda 1-800-88-2020 atau layari laman web: www.honda.com.my

Google ads
Back to top button