Buletin

MENANG ANG POW DENGAN PERODUA!

Sempena sambutan Tahun Baru Cina tidak lama lagi, Perodua menganjurkan peraduan Wow, Ang Pow! yang bermula pada 1 Januari hingga 29 Februari 2016.

Perodua-angpow-contest-mekanika (1)

Anda layak untuk menyertai peraduan tersebut apabila membeli dan mendaftar kereta Perodua atau berbelanja minimum RM188 di pusat-pusat servis Perodua yang mengambil bahagian sepanjang tempoh tersebut.

Seorang pemenang hadiah utama akan membawa pulang angpow berjumlah RM11,888. 24 orang pemenang bakal menerima angpow sebanyak RM8,888 RM3,888 dan RM1,888 (8 orang bagi setiap ketagori hadiah).

Perodua-angpow-contest-mekanika (4)

Seramai 36 orang pula akan diberi angpow bernilai RM1,888 dan RM888 (18 orang bagi setiap hadiah). Sementara 88 orang pemenang lagi akan menerima angpow sebanyak RM388 setiap seorang.

Selepas mendaftar atau berbelanja di pusat servis Perodua, pelanggan perlu menjawab satu soalan mudah. Kemudian, hantarkan jawapan anda ke 63660: PERODUA <jarak> 6 angka terakhir kad pengenalan <jarak> NOMBOR PENDAFTARAN KERETA  <jarak> jawapan. Contoh: PERODUA 000100 W2518P A.

Perodua-angpow-contest-mekanika (2)

Bukan itu sahaja, anda juga boleh menebus angpow berjumlah RM3,888 apabila membeli sebuah Alza dan Myvi.

Menarik kan. Jadi, tunggu apa lagi?

Google ads
Back to top button