Buletin

WRC 2021 – ARTIC RALLY FINLAND HUJUNG BULAN FEBRUARI INI GANTI RALLY SWEDEN

Peminat dunia rali pasti tahu akan kepentingan Rally Sweden dalam kalendar WRC, sementalah ianya satu – satunya pusingan yang menawarkan perlumbaan dalam permukaan salji sepenuhnya. Namun pembatalan Rally Sweden bukanlah suatu rahsia setelah berita mengenainya dikhabarkan pada Disember tahun sudah lagi dek kerana Pandemik Covid 19 yang masih belum tampak reda.

Dan suatu keputusan telah dicapai, bahawa venue gantian telah ditemui. Artic Rally Finland bakal beraksi pada penghujung Februari nanti. Sesuai dengan nama Artic, perlumbaan rali ini bakal berlangsung di Rovaniemi, bandar yang paling utara di Finland yang mana ianya adalah perlumbaan bersalji sepenuhnya. Sama seperti perlumbaan di Sweden.

Walau pun dalam tempoh notis yang agak singkat, namun persiapan rapi telah dilakukan semenjak penghujung tahun lepas lagi terutamanya membabitkan persiapan logistik. Maklumlah, lumba di kawasan bersalji ni lain macam dia punya keliru. Nampak semua putih aja.

Malah, barisan pemandu juga telah pun membuat persiapan awal. Ada beberapa pemandu telah pun terlebih dahulu mencuba trek yang serba baharu. Sudah tentu tiada siapa boleh mendabik dada bahawa beliaulah pakar untuk perlumbaan yang julung kali diadakan ini, meliputi jarak keseluruhan 251.08 km membabitkan 10 SS.

Ada beberapa pemandu telah pun mencuba seperti bintang muda Finland, Kalle Rovanpera dan juga bintang muda Sweden, Oliver Solberg. Sudah tentu mereka ini mahu mengambil semangat Negara Nordic yang pastinya sinonim dengan mereka.

Perlumbaan Artic Rally Finland ini pasti memberikan saingan yang bukan calang – calang. Kali ini, jentera yang beraksi juga akan diuji dengan cuaca sejuk yang ekstrem. Suhu normal dijangka berada pada tahap -6°C hingga -14°C. Namun ianya boleh bertukar menjadi suhu Super Beku sehingga -20°C untutk keadaan tertentu pada waktu perlumbaan. Maka disebabkan itulah, setiap jentera yang beraksi di kawasan tempat tinggal En. Santa ini akan dilengkapkan dengan Kit Kelangsungan Hidup Musim Sejuk termasuklah kelengkapan Pakaian Tebal untuk melindungi Pemandu dan Juruarah sekiranya jentera terkandas di tengah hutan salji. Mana mau nya nak minta tolong sama Olaf nanti kan.

BACA : WRC 2020 – ELFYN EVANS MELOMPAT LEBIH TINGGI DI SWEDEN

BACA : RALLY SWEDEN LOCKDOWN – OLIVER SOLBERG MUNCUL JUARA

Google ads

B K

Back to top button