WRC 2021 – THIERRY NEUVILLE MENANG DI SEPANYOL
Pemandu pasukan Hyundai Shell Mobis, Thierry Neuville berjaya memenangi perlumbaan WRC kedua bagi musim ini apabila berjaya menduduki podium pertama di RallyRACC – Rally de España. Thierry Neuville berjaya menawan laluan aspal di Sepanyol dengan cemerlang apabila mencatat masa terpantas untuk lapan SS berturut – turut .
Ternyata pemandu Belgiun sudah agak lama bersama pasukan Hyundai ini menampilkan pemanduan dengan kelas tersendiri apabila menguasai saingan pada baki 3 peringkat hari Jumaat membawa hingga ke hari Sabtu secara berturut untuk mula menjarakkan diri di hadapan pemandu pasukan Toyota, Elfyn Evans.
Kemenangan Thierry Neuville ini sebenarnya agak melegakan beliau apabila kelihatannya jentera i20 WRC menghadapi masalah hingga memaksa Juruaarah Martijn Wydaeghe menolak jentera seketika sebelum jentera mereka berjaya dihidupkan semula dengan bantuan krew dan akhirnya berjaya merangkul kejuaraan di RallyRACC – Rally de España ini.
Sementara itu, Elfyn Evans yang kelihatan agak cemerlang di awal saingan hari Jumaat sebelum diambil alih posisi pendahulu oleh Thierry Neuville pada baki saingan SS 5 & 6 harus akur untuk berada di podium kedua setelah ketinggalan 24.1 saat. Setidaknya beliau masih boleh menarik nafas lega kerana masih berpeluang untuk muncul juara WRC bagi musim ini. Elfyn Evans kini hanya ketinggalan 17 mata di hadapan pendahulu Sebastian Ogier.
Penyandang juara dan calon kegemaran, Sebastian Ogier pula hanya berada di kedudukan keempat keseluruhan setelah gagal mencari tetapan sempurna untuk mengejar kedudukan ketiga di hadalan Dani Sordo dengan ketinggalan 6.8 saat sahaja.
Manakala harapan untuk melihat pemandu tuan rumah yang juga merupakan pemandu separuh masa untuk pasukan Hyundai, Dani Sordo pula gembira setidaknya untuk berada di podium ketiga. Paling penting, Dani Sordo yang telah menyertai pasukan Hyundai semenjak tahun 2014 berjaya mengutip mata bonus ketika Power Stages sekaligus mengutip mata penting buat pasukan. Ini bermakna mahkota kejuaraan untuk kategori pengeluar hanya akan ditentukan pada pusingan terakhir walaupun hakikatnya pasukan Toyota merupakan calon pilihan untuk muncul juara.
Kedudukan Mata Pemandu
- Sebastian Ogier – 204 mata
- Elfyn Evans – 187 mata
- Thierry Neuville – 159 mata
Kedudukan Mata Pengeluar
- Toyota Gazoo Racing – 474 mata
- Hyundai Shell Mobis – 427 – mata
- M-Sport Ford – 187 mata