Buletin

FORD, GOOGLE JALIN KERJASAMA STRATEGIK SELAMA 6 TAHUN

Ford dan Google mengumumkan kerjasama strategik selama enam tahun yang akan membantu pengeluar kenderaan tersebut mempercepat perancangan transformasi dan merubah semula pengalaman kenderaan dengan teknologi terkini.

Syarikat pengeluar kenderaan itu turut memilih Google Cloud sebagai penyedia perkhidmatan awan dengan memanfaatkan kepakaran Google dalam data,  kecerdasan buatan (AI) dan pembelajaran mesin (machine learning).

Bagaimanapun, berita paling besar dalam kolaborasi tersebut adalah model masa depan Ford dan Lincoln akan dijana Android termasuk Google Apps serta perkhidmatan terbina dalam.

Bermula tahun 2023, pemilik baharu model Ford dan Lincoln dapat menikmati ciri-ciri seperti Google Assistant dan Google Maps dipadankan dengan akses kepada Google Play store untuk memuat turun aplikasi kegemaran mereka.

Selain itu, sistem operasi Android terbaharu akan dibangunkan untuk mengurangkan gangguan kepada pemandu dan menawarkan pengalaman lebih efisien menggunakan teknologi terkini.

“Berikutan Ford meneruskan transformasi paling mendalam dalam sejarah syarikat dengan elektrik, penyambungan dan pemanduan sendiri.

“Google dan Ford bersama-sama mewujudkan kuasa inovasi yang mampu memberi pengalaman menarik kepada para pelanggan dengan memodenkan perniagaan kami,” kata Presiden dan CEO Ford, Jim Farley.

Kedua syarikat bakal membentuk kumpulan kerjasama dikenali sebagai Upshift yang akan memanfaatkan bakat dan aset Ford serta Google dalam membangunkan apa sahaja bermula daripada kaedah baharu pembelian kenderaan, tawaran pemilikan berdasarkan data baharu dan banyak lagi. – carscoops.

Google ads
Back to top button