Buletin

WRC 2023 – APA YANG BOLEH KITA JANGKAKAN UNTUK MUSIM BAHARU INI?

Kalendar perlumbaan FIA World Rally Championship (WRC) 2023 bakal bermula tidak berapa lama lagi dengan perlumbaan pembukaan seperti biasa akan diadakan di Rallye Monte-Carlo. Lantas apa yang menarik dan boleh kita jangkakan untuk perlumbaan bagi musim WRC 2023 ini?

  • Perlumbaan pembuka tirai bakal berlangsung di Rallye Monte-Carlo pada  Rallye Monte-Carlo (19 – 22 Januari 2023. Tinggal beberapa minggu sahaja lagi.
  • Musim ini bakal menyaksikan 13 perlumbaan dengan sekali lagi menyaksikan Jepun akan menjadi lokasi terakhir perlumbaan musim ini.
  • Musim yang bakal bermula ini pastinya tumpuan akan lebih terarah kepada pasukan Toyota Gazoo Racing, sementelah mereka mendominasi kejuararaan bagi kategori Pengeluar dan Pemandu menerusi Kalle Rovanpera.
  • Pasukan Toyota Gazoo Racing bakal membariskan Kalle Rovanpera, Elfyn Evans dan juga Takamoto Katsuta selaku pemandu utama bagi mengekalkan kejuaraan bagi musim WRC 2023 ini.
  • Prinsipal pasukan Jari-Matti Latvala dilihat masih lagi mengharapkan agar Sebastian Ogier masih dapat berlumba untuk mereka musim ini secara separuh masa. Menurut Jari-Matti Latvala, beliau masih lagi yakin akan kemampuan pemandu lagenda tersebut untuk mengutip mata penting pasukan.
  • Pasukan Hyundai Motorsport dilihat agak tertekan untuk kembali menyaingi pasukan Toyota Gazoo. Sekali lagi Thierry Neuville akan mengetuai barisan kerusi pemandu untuk memandu jentera Hyundai i20 N Rally bersama seorang lagi pemandu berpengalaman, Esapekka Lappi. Jentera ketiga pula bakal dikongsi bersama Dani Sordo dan juga Craig Breen yang kembali semula bersama pasukan Hyundai bagi musim 2023 ini.
  • Pasukan M-Sport Ford yang dilihat agak tenggelam musim lepas dilihat cuba untuk kembali menyinar apabila menandatangani bekas juara WRC Ott Tanak dan mengharapkan pemandu muda Pierre-Louis Loubet untuk memandu jentera Ford Puma Rally1.
  • Untuk perlumbaan pembuka tirai, sebuah lagi jentera Ford Puma Rally1 bakal dipandu oleh pemandu persendirian dari Greece, Jourdan Serderidis.
  • Jourdan Serderidis yang berusia 58 tahun pernah memandu jentera Ford Puma Rally1 musim lepas di Kenya dan berjaya menduduki tempat ketujuh keseluruhan.
  • Hasrat untuk melihat Sebastian Loeb memandu jentera Ford Puma Rally1 di Monte Carlo sekaligus mengekalkan kejuaraan yang dimenanginya musim lalu tidak akan berlaku apabila beliau terlibat dengan siri perlumbaan Dakar Rally yang hanya berselang sehari sahaja perlumbaan. Namun M-Sport Ford sedang berbincang untuk siri perlumbaan yang akan datang bagi mengundang Sebastian Loeb sebagai pemandu separuh masa sahaja.

BACA : PASUKAN TOYOTA & HYUNDAI SUDAH BERSEDIA DENGAN BARISAN PELUMBA BAGI WRC MUSIM 2023

BACA : OLIVER SOLVERG DIGUGURKAN DARIPADA PASUKAN HYUNDAI MOTORSPORT BAGI MUSIM WRC 2023

Google ads

B K

Back to top button