Buletin

WRC 2023 – SEBASTIAN OGIER MENANG BUAT KALI KE TUJUH DI MEXICO

Pemandu lagenda Perancis, Sebastian Ogier berjaya memenangi perlumbaan yang cukup dramatik di Guanajuato Rally México berlaku beberapa kali penukaran pendahulu saingan daripada bermulanya perlumbaan pada hari Jumaat hujung minggu yang lalu.

Sebastian Ogier selaku juara WRC sebanyak lapan kali yang hanya memandu separuh masa bersama pasukan Toyota Gazoo Racing musim ini buat sekian kalinya berjaya memenangi setelah merampas pendahulu saingan, Esapekka Lappi mengalami kemalangan berlanggar dengan tiang utiliti ketika awal saingan hari Sabtu. Dan semenjak detik itu, Sebastian Loeb tidak menoleh ke belakang untuk muncul juara, sekali gus mencatat rekod kemenangan sebanyak tujuh kali di Guanajuato Rally México ini.

Kemenangan di Mexico ini agak ironi buat pemandu lagenda ini apabila beliau membuat debut WRC di Mexico pada tahun 2008 yang lalu. Dengan kemenangan ini melonjakkan beliau selaku pendahulu saingan WRC musim ini setakat tiga perlumbaan. Terima kasih kepada prestasi cemerlang beliau waima ketika Wolf Power Stage untuk mengutip mata tambahan.

Sementara perebutan podium kedua dan ketiga menjadi cukup sengit diantara Elfyn Evans dan juga Thierry Neuville. Tapi akhirnya rezeki memihak kepada Thierry Neuville untuk memenangi podium kedua termasuk ketika Wolf Power Stage untuk mengekalkan kedudukan sambil dikejar Elfyn Evans di podium ketiga.

Juara WRC 2022, Kalle Rovanpera pula hanya berpuas hati di tempat keempat keseluruhan setelah sedikit bergelut untuk mencari kelajuan tiga pemandu di hadapan, ditambah dengan suhu dan cuaca yang terik. Melengkapkan lima pemandu terbaik adalah Dani Sordo yang memandu jentera Hyundai i20 N Rally1.

Manakala pemandu yang menjadi tumpuan setelah kemenangan dalam perlumbaan sebelum ini, Ott Tanak mempamerkan pemandua yang handal di awal saingan dengan mendahului saingan. Namun beliau mengalami masalah dengan turbo ketika hari Jumaat dan harus akur untuk berada di kedudukan 11 keseluruhan. Malang turut menimpa rakan sepasukan Pierre-Louis Loubet yang turut mengalami masalah dengan jentera Ford Puma Rally1 dan harus menarik diri.

Kedudukan Mata Pemandu

  1. Sebastian Ogier – 56 mata
  2. Thierry Neuville – 53 mata
  3. Kalle Rovanpera – mata

Kedudukan Mata Pengeluar

  1. Toyota Gazoo Racing – 127 mata
  2. Hyundai Shell Mobis – 100 mata
  3. M-Sport Ford – 73 mata

BACA : WRC RALLY GUANAJUATO MÉXICO – CUACA EKSTREM BAKAL MENGUJI PEMANDU & JENTERA RALI

BACA : WRC 2020 – SEBASTIAN OGIER KEMBALI BANGKIT DI MEXICO

Google ads

B K

Back to top button