Motosikal

QJMOTOR SRT 550 X PESAING BAHARU SEGMEN ADV 500CC – 61.2HP, 176KG

Segmen motosikal ‘entry-level’ semakin mencuri tumpuan beberapa tahun ini bermula dari 250cc hingga 500cc. 

Dari kesemua jenis model yang ditawarkan segmen motosikal ‘adventure’ antara yang paling popular ekoran menawarkan ciri praktikal yang lebih baik berbanding motosikal lain. 

*Honda NX500

Honda CB500X (sebelum beralih ke NX500) antara motosikal yang popular bagi segmen ADV 500cc dan turut menjadi petanda aras pada pengeluar lain untuk mengorak langkah sama. 

Terbaru, QJMotor telah pun melancarkan SRT 550 X, motosikal ‘adventure’ terbaru yang berkongsi platform sama dengan SRK 550. 

Perkongsian platform bukan lagi perkara baharu dengan hampir semua pengeluar mengambil pendekatan sama. Yamaha Tenere 700 dikuasakan enjin CP2 yang diambil dari MT-07 sementara Kawasaki Versys 650 mengguna pakai enjin sama dengan Ninja 650. 

Difahamkan, QJMotor SRT 550 X ini dibangunkan khas untuk pasaran Eropah dan Asia dan berkemungkinan besar akan turut dipasarkan di Malaysia menerusi MForce Bike Holings Sdn Bhd. 

Dalam pada itu, QJMotor SRT 550 X ini dipacu enjin parallel-twin 554cc yang berupaya menjana 61.2hp dan 45Nm. Antara perincian lain disenaraikan termasuk rim 19-inci depan dan 17-inci belakang, serta fork USD depan dan ‘monoshock’ dibelakang. 

Google ads
Back to top button