
YAMAHA GIAT BANGUNKAN SISTEM PENSTABILAN KENDIRI (AMSAS) – BANTU ELAK RISIKO KEMALANGAN
Pengeluar motosikal seperti Honda, BMW, Harley-Davidson dan Yamaha sedang mengetengahkan idea ‘Self Balancing Systems’ untuk motosikal masa depan mereka.
Yamaha adalah satu jenama yang benar-benar mahu memasukkan perisian ini ke dalam motosikal mereka sejak mengumumkan Motobot pada 2015.
Advanced Motorcycle Stability Assist System atau singkatannya AMSAS menampilkan platform pengukuran inersia enam paksi dengan input stereng automatik yang boleh mencapai penstabilan kendiri pada kelajuan di bawah 5km/j.

Yamaha sebelum ini ada mengeluarkan video motosikal yang menunjukkan penunggang bergerak perlahan-lahan tanpa kawalan tangan untuk menguji kecekapan perisian tersebut.
Yamaha menunjukkan bahawa 70 peratus kemalangan motosikal berlaku dalam masa dua saat. Ini menjadikan ia sebagai salah satu faktor Yamaha mahu AMSAS digunakan demi keselamatan penunggang di atas jalan raya.
Data tersebut menunjukkan penunggang tidak mempunyai masa yang cukup untuk mengelak dari kemalangan. Justeru, Yamaha berharap AMSAS mampu mengurangkan risiko kemalangan dalam kalangan penunggang motosikal.
Walaupun teknologi itu mungkin kelihatan berlebihan kepada kebanyakan penunggang, banyak pengeluar motosikal utama mengambilnya dengan sangat serius.
- BACA: YAMAHA BAKAL GANTIKAN BEBERAPA KOMPONEN PLASTIK PADA ENJIN DENGAN KAYU, LEBIH RINGAN DAN MESRA ALAM
- BACA: YAMAHA XMAX 2023 TIBA DI EROPAH DENGAN RUPA PARAS DIKEMASKINI
- BACA: YAMAHA MT-15 2022 DAPAT 3 WARNA BAHARU. HARGA CADANGAN RM12,298
- BACA: YAMAHA BUAT STERENG BERKUASA (EPS) UNTUK MOTOSIKAL!









