Buletin

GOODYEAR LANCAR KEMPEN ‘A GIFTING NEW YEAR’. TAWAR HADIAH EKSKLUSIF DAN WARANTI WORRY FREE ASSURANCE

Goodyear Malaysia telah melancarkan kempen ‘A Gifting New Year’ untuk meraikan Hari Krismas dan sambutan tahun baharu.

Kempen tersebut bertujuan memastikan pemilik kenderaan melakukan penyelenggaraan untuk pemanduan yang selamat serta selesa, selain menawarkan hadiah eksklusif daripada Goodyear.

Dengan setiap pembelian empat unit tayar Goodyear bersaiz 16 inci dan ke atas, pelanggan akan menerima hadiah berupa Vacuum Coffee Mug Goodyear yang diperbuat daripada keluli.

Untuk layak menyertai kempen ini, pelanggan boleh mendapatkan tayar Goodyear Assurance ComfortTred yang dilancarkan baru-baru ini.

Tayar Assurance ComfortTred boleh didapati dalam saiz 16 hingga 19 inci. Tayar itu memberikan pengalaman pemanduan terbaik dengan pengurangan bunyi bising menerusi teknologi ANX.

“Memastikan tayar dalam keadaan sihat adalah langkah penting untuk memastikan pemanduan selamat pemilik dan penumpang kereta.

“Sebagai penyokong kuat untuk kekal selamat di jalan raya, kami ingin menggalakkan pemilik kereta agar kekal selamat dengan memberikan ganjaran kepada mereka melalui kempen ‘A Gifting New Year’ sambil menikmati hadiah eksklusif daripada Goodyear,” kata Pengarah Urusan Goodyear Malaysia, Alex Ng.

Pelanggan juga bakal menikmati jaminan Worry Free Assurance (WFA) dengan setiap pembelian tayar daripada Goodyear Malaysia. WFA menawarkan perlindungan kerosakan selama setahun, pemeriksaan keselamatan tayar percuma sebanyak dua kali serta waranti selama lima tahun untuk kecacatan pembuatan.

Google ads
Back to top button