Buletin

YAMAHA MATIC SAIZ GERGASI, KAPASITI ENJIN 1200CC – CERMIN SISI BOLEH LIHAT MASA LALU

Baru-baru ini tular satu video menunjukkan kemunculan motosikal gergasi Yamaha Matic berkapasiti enjin sehingga 1200cc.

Bukan sahaja kapasiti enjin yang tidak munasabah, malah bentuknya juga membuatkan semua netizen ternganga.

Video yang memaparkan Yamaha Matic gergasi itu dimuat naik dan dikongsi oleh TikToker Filipina bernama Nighel Purisima (@nighelpurisima).

Menerusi rakaman berdurasi 38 saat itu, turut kelihatan ialah empat lelaki cuba menunggang skuter tersebut.

“Cermin sisi skuter ini boleh melihat masa lalu,” komen seorang netizen.

“Saiz, komponen dan semuanya tak masuk akal,”

Selain saiznya begitu besar, skuter gergasi itu dikatakan mempunyai ketinggian dua meter sekaligus menyukarkan penunggang.

Walau bagaimanapun, terdapat juga komen menyatakan bahawa skuter gergasi ini patut dikeluarkan secara rasmi oleh Yamaha kerana ia sangat sesuai bagi penunggang bersaiz besar dan tinggi.

Adakah Yamaha bakal menerima idea ini? Pastinya Yamaha perlu membuat semua perkiraan termasuklah alat ganti, harga dan jumlah manusia yang mampu menunggang skuter gergasi ini.

Google ads
Back to top button