Motosikal

WAYNE RAINEY SEBAK DIBERI PELUANG TUNGGANG YAMAHA R1 DI LITAR BUTTONWILLOW, CALIFORNIA

Selepas 26 tahun mengalami kecederaan yang menamat karier perlumbaannya, Wayne Rainey kembali menunggang motosikal dalam satu sesi comeback yang cukup emosional. Bekas juara dunia tiga kali itu menunggang sebuah Yamaha yang telah diubah suai.

Pelumba yang berasal dari Amerika Syarikat itu mencatat sejarah apabila merangkul tiga kejuaraan dunia kelas 500cc pada tahun 1990 hingga 1992. 

Malangnya, Rainey terlibat dalam satu kemalangan di litar Misano, Itali pada tahun 1993 yang menyebabkan tulang belakangnya patah.

Insiden itu membuatkannya lumpuh dari bahagian dada ke bawah. Biarpun begitu, Rainey menjadi antara individu penting dalam kebanyakan perlumbaan motosikal di Amerika 

Bagi menghargai jasanya itu, Presiden MotoAmerica tersebut diberi peluang untuk kembali menunggang motosikal di litar Buttonwillow, California. Dia yang menunggang sebuah Yamaha R1 turut memakai sut perlumbaan dengan warna merah putih yang ikonik daripada Alpinestars. 

“Saya berpeluang menunggang sebuah motosikal semalam buat pertama kali selepas 26 tahun dan rasa sangat gembira. Terima kasih tidak terhingga kepada Yamaha Motor USA dan Alpinestars kerana membantu merealisasikan impian ini,” kata Rainey. 

Ditanya tentang perasaan kerana boleh menunggang motosikal semula, Rainey mengakui dia berasa gugup dan tidak tahu apa yang ingin dijangkakan. 

“Sensasinya mungkin sedikit berbeza kerana penukar gear dipasang pada bar hendal. Apabila mengujinya, saya rasa peredam stereng rasa sedikit longgar. Tetapi mekanik Yamaha memberitahu peredam stereng ini dikawal secara elektronik, ia akan rasa kemas apabila ditunggang nanti. Wow! Masa sudah berubah,” jelas Rainey lagi. 

Tonton video di bawah untuk melihat pengalaman Rainey. Skill masih padu walaupun selepas 26 tahun… 

Google ads
Back to top button