Motosikal

ZONTES ZT 703 F DAN ZT 703 RR DIDEDAHKAN   – 110HP, 75NM

Zontes merupakan antara jenama motosikal dari China yang agak popular kerana menawarkan jentera berkapasiti kecil yang tampil dengan ciri moden. 

Meskipun selama ini Zontes hanya menumpukan pada model 310cc ke bahawa namun pengeluar itu bakal menyertai segmen motosikal berkuasa tinggi tidak lama lagi. 

Ini kerana Zontes telah pun mendedahkan dua model konsep bersesaran 700cc menerusi ZT 703 F (adventure-tourer) dan ZT 703 RR (sportbike).

Menurut Zontes, ZT 703F dan ZT 703 RR dikuasakan platform yang sama, tiga silinnder 699cc namun dengan talaan yang berbeza. Hasilnya, ZT 703 F menawarkan 100hp dan 85Nm manakala ZT 703 RR menghasilkann 110hp dan 75Nm. 

Selain enjin serba baharu, kedua-dua model ini juga dibangunkan bersama kerangka dan ‘swingarm’ aluminium yang direka bagi menghasilkan ketahanan dan kestabilan yang baik di samping mengekalkan berat yang rendah. 

Sementara itu, ZT 703 F dilengkapi dengan rim 21-inci depan dan 18-inci belakang di samping penghadang angin tinggi, pencahayaan LED penuh manakala ZT 703 RR hadir dengna rim 17-inci, ‘handlebar’ jenis ‘clip-on’ serta tempat letak kaki yang lebih agresif. 

Buat masa ini tiada maklumat terperinci yang didedahkann kecuali yang kami sampaikan di atas. Namun apa yang pasti, kehadiran dua model ini pada masa akan datang pastinya akan merancakkan lagi pasaran motosikal dunia. 

Google ads
Back to top button