Motosikal

NAZA BLADE 250I NAKED SE

Naza Bikes Sdn. Bhd. (Naza Bikes) baru-baru ini melancarkan edisi terbaharu motosikal keluarannya, Naza Blade 250i Naked SE. 

Naza-Blade-250i-Naked-SE-Mekanika (5)

Naza Blade 250i Naked SE ialah versi naik taraf model Blade Naked yang merupakan produk hasil kerjasama dengan pengeluar motosikal dari Korea Selatan, Hysoung. Jentera itu kini dilihat lebih sporty dan bergaya dengan lampu utama, penutup bahagian sisi dan cowling bawah yang baru.

Semua komponen itu direka dan dibangunkan oleh pasukan R&D Naza Bikes sendiri, sebelum dihasilkan oleh vendor-vendor tempatan. Model itu juga didatangkan dengan pelekat dan alat ganti gentian kaca yang baru.

Naza-Blade-250i-Naked-SE-Mekanika (9)

Sejak diperkenalkan pada tahun 2006, Naza Blade popular dalam kalangan pengguna berusia di antara 20 hingga 35 tahun. Ia kekal menjadi pilihan buat mereka yang baru hendak berjinak-jinak menggunakan motosikal berkuasa lebih tinggi.

Dengan lebih 50 pengedar di seluruh negara, Naza Bikes memberi jaminan bahawa pengguna akan diberi khidmat selepas jualan yang terbaik.

Naza-Blade-250i-Naked-SE-Mekanika (7)

Dipasang di kilang Naza di Shah Alam, versi sports Naza Blade merupakan model paling  laris dalam segmennya dengan lebih 1,500 unit didaftarkan pada tahun 2013. Naza Blade 650cc pula menguasai lebih 70 peratus pasaran dalam kategorinya dengan lebih 700 unit terjual pada tahun lalu. 2013 menyaksikan Naza Bikes menjual 2,400 unit model 250cc dan 650cc termasuklah versi cruiser.

Naza Blade 250i Naked SE ditawarkan pada harga RM13,988 seunit. Jentera itu dilengkapi enjin V-Twin DOHC dengan sistem pancitan bahan api elektronik.

Naza-Blade-250i-Naked-SE-Mekanika (1)

Demi memenuhi kehendak pelanggan yang sentiasa berubah, Naza Bikes telah melakukan modifikasi beberapa kali ke atas reka bentuk Naza Blade. Naza Bikes menjangkakan model terbaharu itu akan menyumbang sebanyak 600 unit daripada sasaran jualan 4,000 unit motosikal Blade pada tahun ini.

“Pasaran motosikal bersesaran 250cc hingga 650cc di ASEAN mengalami pertumbuhan yang memberangsangkan sejak kebelakangan ini. Justeru, kami nampak potensi Naza Bikes untuk menjadi pemain utama di rantau ini.

Naza-Blade-250i-Naked-SE-Mekanika (8)

“Naza Blade telah mendapat maklum balas positif di Malaysia. Kami yakin ia juga akan dapat menarik perhatian pengguna motosikal di negara-negara lain seperti Kemboja, Vietnam dan Indonesia,” kata Naib Presiden 2W Divisyen, Nik Danial Nik Mahmood.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button