YAMAHA LANCAR MT-15 DI THAILAND – TEKNOLOGI VVA, RUPA DAH MACAM TRANSFORMERS

SHARE

Yamaha Thailand dilapor telah melancarkan model naked MT-15 ke pasaran tempatan. Pengenalan model yang ditambah baik itu dibuat sempena perlumbaan MotoGP Thailand yang berlangsung di Litar Buriram.

Jentera yang sebelum ini dikenali sebagai MSlaz itu nampaknya hadir dengan reka bentuk lebih agresif, sama dengan rekaan model lebih besar seperto MT-07, MT-09 dan MT-10.

Lihat sahaja pada bahagian lampu utama jenis LED yang nampak seperti kepala robot Transformers. Roda hadapan menggunakan suspensi jenis upside-down sama seperti model terdahulu.

Reka bentuk tangki yang melekuk ke dalam pastimemberi posisi tungan lebih selesa. Manakala kisi radiator pada bahagian bawah tangki mengambil inspirasi rekaan MT-07.

Dari segi chasis pula, MT-15 dibina di atas kerangka Deltabox bersama lengan ayun dan rekaan rim yang sporty.

MT-15 2018 dikuasakan oleh enjin bersesaran 1555cc dengan teknologi Variable Valve Actuation (VVA). Mampu menjana kuasa mencecah 19.3hp dan tork 14.7Nm, ia kemudian dipadankan dengan kotak gear enam kelajuan bersama ciri slipper clutch.

Rangkaian kuasa sama yang digunakan pada model Yamaha R15 baharu.

Maklumat tunggangan seperti kelajuan, penggunaan bahan api, odometer dan trip meter  dipaparkan menerusi meter LCD. 

BACA: SPYSHOT: KELIBAT YAMAHA MT-15 SEDANG DIUJI. VERSI NAKED YAMAHA R15

Di Thailand, MT-15 ditawarkan pada harga 98,500 baht (RM12,400) seunit.

Share this post

scroll to top