Motosikal

WARGA EMAS MAUT JATUH MOTOSIKAL SELEPAS LANGGAR LUBANG DI JALAN SYED PUTRA KL

Seorang lelaki warga emas dilaporkan maut selepas terjatuh apabila motosikal yang ditunggangnya melanggar lubang di Jalan Tengah menghala ke Jalan Syed Putra di Kuala Lumpur, hari ini.

Mangsa, Ho Yan Fee, 75, meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, polis menerima laporan pada 7.30 pagi.

“Siasatan awal mendapati mangsa dari arah Jalan Connaught menghala ke pusat beli-belah Mid Valley terbabas sendiri. Mangsa melanggar jalan berlubang di lokasi lalu terjatuh dan meninggal dunia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) untuk bedah siasat. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – Harian Metro 

Google ads
"
"
Back to top button