
HONDA BULLDOG SEMAKIN MENGHAMPIRI PRODUKSI
Khabarnya Honda telah mendaftarkan paten konsep Bulldog di Jepun. Langkah ini menjadi satu isyarat bahawa jentera konsep adventure itu semakin hampir memasuki barisan pengeluaran.
Honda Bulldog didedahkan setahun lalu pada acara Osaka Motorcycle Show di Jepun. Model konsep berasaskan CB400F dan CB500F itu memiliki susuk tubuh yang cukup maskulin.
Lebih menarik, ia mampu membawa barangan seperti peralatan khemah sewaktu mengembara.
Honda Bulldog menggunakan rim 15 inci dan profail tayar lebar. Pelana pula setinggi 730mm. Enjin yang digunakan ialah dua silinder DOHC berkapasiti 400cc.
Difahamkan, Bulldog yang dipatenkan itu memiliki rekaan sedikit berbeza dengan jentera konsep. Ia dilengkapi memiliki indikator, rekaan lampu belakang dan cakera brek yang berbeza.