Buletin

MUSTANG HILANG KAWALAN DI LEBUH RAYA. HANDLING ATAU SKILL PEMANDU YANG KE LAUT?

Seorang pemandu Ford Mustang berdepan detik cemas apabila kereta yang dipandunya terbabas ketika memandu laju di lebuh raya Dallas, Amerika Syarikat. 

Insiden yang dirakam oleh kamera sebuah Tesla Model 3 itu menunjukkan Mustang berwarna putih berkenaan mula memotong sebuah BMW 5 Series yang dipandu agak perlahan. Tidak sabar menunggu BMW itu untuk menukar lorong, dia dilihat terus memotong dan masuk semula ke lorong laju. 

Malangnya, pemanduan agresif tersebut nyata memakan diri apabila kereta berkuasa tinggi itu mula hilang kawalan. Mungkin panik dengan keadaan itu, Mustang tersebut dilihat terus menuju ke arah kanan dan melintasi beberapa laluan sebelum melanggar dinding pemisah lebuh raya. 

Mujurlah sepanjang insiden itu, Mustang berkenaan tidak melanggar mana-mana kereta yang ada di laluannya. Sebelum video berdurasi kurang 41 saat itu tamat, Mustang tersebut dilihat bergerak ‘terhuyung-hayang’ dan berhenti di tepi dinding. 

Tidak dapat dipastikan sama ada pemandu terlibat cedera atau tidak dalam kemalangan itu. Apa yang pasti, ini boleh menjadi pengajaran terbaik untuk semua agar memandu dengan lebih berhemah di jalan raya. 

Google ads
Back to top button