Buletin

42% ORANG AMERIKA PERCAYA EV KENA ISI MINYAK. HMMM…

Sebagaimana yang kita lihat sekarang, kereta elektrik nampaknya semakin popular di seluruh dunia. 

Saya masih ingat satu ketika dahulu, industri automotif seakan-akan berada di persimpangan tentang ke manakah hala tujunya. 

Waktu itu, setiap pengeluar kenderaan cuba untuk menghasilkan teknologi terkini bagi menggantikan atau mengurangkan kebergantungan terhadap bahan bakar fosil. Antara alternatif yang popular ialah kenderaan hibrid, plug-in hybrid, sel bahan api dan elektrik sepenuhnya (EV). 

Fast forward ke tahun 2019, semakin jelas bahawa EV lebih popular berbanding pilihan rangkaian kuasa yang lain.

Terima kasih kepada Tesla, Nissan dan pengeluar kenderaan lain, terutama dari China, memiliki sebuah EV bukan sahaja menunjukkan anda kisah terhadap alam sekitar. Malah boleh membuatkan anda lebih cool. 

Walaupun jentera yang dikuasakan oleh pek bateri dan motor elektrik itu kian popular, jangan terkejut jika masih ramai lagi yang tidak tahu apa-apa mengenainya. Situasi itu dibuktikan oleh satu kaji selidik bebas yang dijalankan oleh Ford di Eropah, China dan Amerika Syarikat. 

Diterbitkan dalam jurnal Medium, kaji selidik itu mendapati 42 peratus orang AS percaya bahawa EV memerlukan minyak untuk digerakkan. Macamlah definisi kereta elektrik itu masih belum jelas. 

Pengarah Global Ford, Red Cannis yang mendedahkan dapatan itu mengakui bahawa pendidikan mengenai EV perlu menjadi satu keutamaan. 

Selain daripada dapatan yang mengejutkan itu, kaji selidik tersebut juga mendedahkan 90 peratus orang Amerika dan Eropah berpendapat EV adalah perlahan. Bukan itu sahaja,  67 peratus penduduk AS dan 68 peratus orang Eropah tidak fikir EV boleh menunda atau menarik kereta lain. 

Seriously? 

Google ads
Back to top button