Buletin

TOYOTA GR YARIS MASUK PASARAN MEXICO. 24 JAM DAH SETEL TERJUAL

Toyota GR Yaris yang baharu memasuki pasaran Mexico habis terjual dalam tempoh 24 jam sahaja.

Jentera yang ditawarkan sebanyak 300 unit di negara terbabit dijual pada harga AS$35,131(RM144,441).

Menurut Motor Pasion Mexico, para pelanggan boleh pra tempat jentera terbabit dengan membayar AS$1,003 (RM4,123).

“Mexico mengikuti jejak langkah Jepun, Australia, Argentina dan Sepanyol sebagai antara negara yang dapat menikmati keterujaan digambarkan masyarakat Jepun sebagai Waku Doki.

“Ia berikutan pada musim panas hadapan bakal memperoleh GR Yaris eksklusif malah merupakan model edisi terhad yang berbaloi untuk pengumpul kenderaan,” kata Timbalan Presiden Toyota Motor Sales Mexico, Guillermo Diaz. – carscoops

Google ads
Back to top button