Artikel Pilihan

6 KERETA INI DIHASILKAN DARI PENGALAMAN DAN TEKNOLOGI F1

Bolehkah enjin F1 digunakan untuk kereta biasa? Jawapannya boleh tapi agak mustahil dan sangat mencabar dari aspek kejuruteraan melainkan anda membina sebuah kereta supercar seperti Mercedes AMG One dimana pasukan AMG sedang dalam fasa akhir pembangunan hypercar yang dikuasakan dengan enjin 1600cc yang sama seperti yang digunakan oleh Lewis Hamilton

Tapi ada juga beberapa supercar, kereta sport dan hypercar yang dihasilkan dengan menggunakan inspirasi dari perlumbaan F1 walaupun bukan secara 100%. Antaranya ialah:

1. Maserati MC20 -Maserati Corse 2020 merupakan supercar enjin pacuan tayar belakang yang dihasilkan dengan enjin V6 turbo berkembar 3000cc. Walaupun 3000cc sahaja,ia berupaya menjana sehingga 621 kuasa kuda dan 730Nm tork. Enjin ini sebenarnya direka dengan berasaskan enjin Ferrari F154 V8 yang dikerat 2 silinder

Salah satu ciri unik enjin ini ialah ia menggunkan teknologi “pre-chamber combustion“, sama seperti yang digunakan oleh enjin 1600cc F1. Udara dan petrol akan ditolak masuk dalam pre-chamber bagi menghasilkan “rich mixture”, sebelum dinyalakan dan ditolak balik ke dalam silinder bagi mencapai kecekapan therma yang tinggi

2. Ferrari F40 – merupakan model akhir sekali diluluskan oleh Enzo Ferrari sebelum kematian beliau. F40 dikuasakan dengan enjin 2900cc V8 turbo berkembar dan menjana 471 kuasa kuda serta 577Nm tork. Hanya 1315 unit sahaja dihasilkan dan Nigel Mansell pernah melelong kereta ini pada harga 1 juta pound sterling, rekod paling mahal sehingga tahun 2010.

Cesi Ferrari F40 dihasilkan dengan menggunakan gentian karbon, kevlar dan Nomex yang hampir kesemua bahan ini digunakan oleh pasukan F1 pada tahun 1980an secara ekstensif menjadikan cesi F40 kuat, 20% lebih tegar tapi ringan dengan berat kereta hanyalah 1254kg sahaja. Bahan ini juga digunakan untuk pembuatan komponen lantai bumbung dan pintu

3. Honda NSX – merupakan jawapan Honda kepada Ferrari dan Porsche bagi kereta sport mampu milik dan boleh digunakan seharian kerana lebih praktikal. Cesi NSX dihasilkan sepenuhnya dengan menggunakan aluminium, satu unsur yang jarang digunakan oleh pesaingnya disebabkan kos dan susah untuk digunakan

Aluminium lebih ringan dari keluli tapi tidaklah semahal gentian karbon bagi membolehkannya dijual pada harga mampu milik. Ketika Honda terlibat dalam F1 secara serius dan Ayrton Senna menjadi pemandu mereka, kereta ini dipandu uji dan dinamik pemanduan ditala semula selepas teruk dikritik oleh Senna. Malah rod penyambung enjin ini juga menggunakan titanium, sama seperti yang digunakan dalam F1.

4. Mercedes-Benz SLR McLaren – walaupun nama Mercedes, jentera ini ini bukan dihasilkan di kilang Mercedes melainkan enjinnya sahaja dihasilkan oleh AMG. Enjin V8 5400cc ini menjana 617 kuasa kuda dan 780 Nm tork diletakkan di bahagian depan manakala kuasa dihantar ke bahagian belakang

Cesi supercar ini dihasilkan oleh McLaren yang memiliki pengalaman luas dalam perlumbaan F1. Cesi SLR dihasilkan dengan menggunakan komposit gentian karbon, struktur rempuhan gentian karbon, brek gentian karbon dengan lapisan seramik sama seperti yang digunakan oleh jentera F1

5. Ferrari F50 – merupakan pengganti kepada model F40 dengan cesi F50 dihasilkan daripada gentian karbon, dicantumkan dengan resin epoxy, dan menggunakan struktur Nomex honeycomb. Enjin 3500cc V12 diambil dari model Formula 1 641 yang pernah dipandu oleh Nigel Mansel dan Alin Prost.

Enjin ini diubah menjadi 4700cc, V17 DOHC, 5 injap setiap silinder, menggunakan gentian karbon untuk rongga kemasukan udara, piston aluminium, rod penyambung titanium, cam cover magnesium bagi menghasilkan 512 kuasa kuda dan 471Nm tork

6. Porsche Carrera GT – untuk pengetahuan bersama, ini merupakan kereta yang dipandu oleh mendian Roger Rodas dan Paul Walker ketika kemalangan tahun 2013 dulu. Sejarah supercar ini sebenarnya sangat panjang. Asalnya supercar ini dibangunkan bagi keperluan perlumbaan Le-Mans pada tahun 1999

Enjin asal tubor boxer 6 silinder diketepikan bagi memberi laluan kepada enjin V10 yang dibina secara rahsia oleh Porsche bagi pasukan Footwork F1 tahun 1992 tapi dibatalkan dan dibangunkan semula untuk Le Mans. Ketika projek ini berjalan, ia dihentikan seketika bagi memberi laluan kepada projek pembangunan Cayenne

Ia menjadikan enjin ini yang asalnya untuk F1 dan Le Mans tidak memiliki cesi untuk dipasang sehinggalah pada tahun 2004 ia dipasang pada Carrera GT. Enjin 5700cc V10 ini menghasilkan 603 kuasa kuda dan 590Nm tork diletakkan di bahagian tengah cesi dengan semua kuasa dihantar ke tayar belakang. Walter Rohl pemandu uji Porsche mengibaratkan enjin dan Carrera GT ialah raksasa yang sukar dikawal

Setakat ini hanya Mercedes-AMG Project One sahaja yang berani menggunakan enjin perlumbaan F1 beserta dengan sistem MGUK/MGUH dalam pembinaan hypercar ini. Ini menjadikan hyoercar ini bukan sahaja direka, dipasang dengan pelbagai komponen yang sama dengan F1 tapi turut menggunakan sistem trenkuasa F1

Google ads
Back to top button