Motosikal

6 MOTOSIKAL JUARA DUNIA REPSOL HONDA

Gandingan Repsol dan Honda memang sudah kerap muncul sebagai juara dunia kelas premier Grand Prix dunia motosikal. Ia boleh dikatakan gandingan yang hampir sempurna dan telah dibuktikan dengan kejayaan mereka merebut dan mendominasi kejuaraan MotoGP. Mari kita imbas kembali 6 buah motosikal yang cukup berjasa dan pernah digunakan oleh para juara dunia dari dulu sehingga sekarang.

Honda NSR500 (1995-1998)

Motosikal ini memang sentiasa dikaitkan dengan Mick Doohan. Pelumba Australia yang berjaya meraih 5 kejuaraan dunia dan 4 daripadanya bersama pasukan Repsol Honda. NSR500 muncul pertama kali pada tahun 1984 dan dengan segera menjadi sebuah jentera lagenda dengan kuasa yang hanya mampu dieksploitasi oleh sebahagian pelumba.

Pada tahun 1992, Honda membangunkan sistem Big Bang (bukan kumpulan k-pop deh), sebuah enjin baru dengan sistem penyalaan berbeza dan lebih lancar. Tapi Doohan masih sukakan enjin Screamer asal yang lebih agresif. Bayangkan sebuah motosikal 2-lejang dengan lebih dari 180 hp. Bukan semua penunggang mampu mengawalnya.

Honda NSR500 (1999)

Selain Doohan terdapat seorang lagi penunggang yang mampu menguasai NSR500. Beliau ialah pelumba Sepanyol yang muncul sebagai juara dunia pada tahun 1999. Sewaktu Criville mula menunggang NSR500, ia sebenarnya sudahpun cukup sempurna dan dilengkapi dengan enjin Big Bang terbaru. Tetapi regulasi baru yang diperkenalkan  pada tahun 1998 menyebabkan enjin itu terpaksa diubahsuai kerana kehilangan kuasa.

Untuk mengatasinya, sistem penyalaan screamer kembali digunakan dan Criville berjaya membuktikan yang beliau juga mampu mengawal kuasa NSR500 sama seperti Mick Doohan.

Honda RCV211V (2002 & 2003)

Valentino Rossi memang sudah diiiktiraf sebagai lagenda MotoGP. Pada musim 2000 dan 2003, pelumba Itali itu berjaya merangkul dua kejuaraan dunia bersama pasukan Repsol Honda dengan menggunakan jentera RC211V. Perubahan regulasi dalam tahun 2002 membenarkan enjin 4-lejang digunakan dalam perlumbaan kelas premier. Honda telah menghasilkan RC211V dengan sistem Big Bang yang telah dimajukan pada NSR500 sebelumnya dan lahirlah sebuah motosikal juara baru dengan enjin 990 cc V5.

Motosikal ini mampu memecut sehingga 330 km/j di sesetengah litar dan Rossi memang mampu menguasai motosikal ini dengan sepenuhnya.

Honda RC211V (2006)

Atas sebab-sebab tertentu, Nicky Hayden juga tahu bagaimana untuk menunggang Honda RCV211V dengan baik sekaligus membolehkan beliau muncul juara pada edisi MotoGP 2006. Uniknya motosikal yang ditungggang oleh Hayden merupakan model yang dibangunkan untuk pelumba-pelumba Repsol tahun sebelumnya.

Dengan modifikasi tertentu pada enjin dan casis, ia menjadi lebih kuat paa tahun 2006 dan mampu menghasilkan lebih 240 hp kuasanya. Ia merupakan antara faktor yang membolehkan Hayden muncul juara pada tahun tersebut.

Honda RC212V (2011)

Casey Stoner menyertai Repsol Honda pada tahun 2011. Pada tahun pertama penyertaan, beliau sudah membuktikan keserasian antara gaya tunggangan agresif beliau dan motosikal Honda RC212V. Perubahan regulasi yang menghadkan kapasiti maksima enjin pada 800cc membuatkan Honda membangunkan enjin V4 terbaru.

Setahun kemudian sistem elektronik dinaiktaraf dan sistem pneumatic valve dan agihan berat diperkenalkan untuk menjadikan motosikal ini lebih mudah dikawal. Walaupun motosikal ini adalah lebih perlahan berbanding sebelumnya tetapi ia kini membolehkan pelumba membrek dengan lebih lambat di selekoh dan memberikan pecutan yang lebih baik. Dan ia memang sudah terbukti menjadi resipi kejuaraan yang terbaik.

Honda RC213V (2013, 2014, 2016, 2107, 2018)

Pada musim 2013, Marc Marquez muncul juara MotoGP kali pertama dengan Honda RC213V pada tahun rookie beliau. Pencapaian tersebut kemudian diulangi lagi pada tahun 2014, 2016, 2017 dan 2018. Motosikal ini ialah hasil regulasi baru yang membenarkan kapasiti enjin sehingga 1000 cc digunakan. Walaupun terdapat sekatan pada kuantiti bahan api, motosikal ini mampu menjana sehingga melebihi 240 hp kuasa dan terbukti mampu berlumba dengan sangat baik di mana-mana litar dan dalam apa jua keadaan. Tengok sahaja rekod perlumbaan Marquez sebagai buktinya.

Google ads
Back to top button