Peranti

ACER LIQUID LEAP

Satu kaji selidik yang dijalan oleh pihak Analytics Firm baru-baru ini meramalkan  bahawa Acer Liquid Leap akan menjadi salah satu peranti yang boleh dipakai paling laris.  

Acer-Liquid Leap-mekanika (7)

“Kami amat gembira kerana peranti boleh yang dipakai pertama daripada Acer dikatakan mempunyai potensi besar.  Acer kini komited dengan misi untuk mengurangkan jurang di antara manusia dan teknologi.

“Kami mahu teknologi terkini lebih mudah diakses oleh orang ramai. Acer Liquid Leap adalah contoh yang terbaik,” kata Presien Korporat dan Ketua Pegawai Eksekutif Acer, Jason Chen.

Acer-Liquid Leap-mekanika (5)

Smartband itu telah diperkenalkan secara rasmi pada Jun lalu dalam acara Computex di Taipei, Taiwan. Menjadi peranti sentuh terkecil Acer, ia tampil dengan rekaan moden. Skin sentuh nipis bersaiz satu inci itu diletakkan di dalam tali getah yang selesa dipakai setiap hari.

Acer Liquid Leap mampu mengesan tahap kesihatan penggunanya seperti langkah, jarak larian, kalori yang telah dibakar dan kitaran tidur. Ciri notifikasi panggilan telefon dan SMS 24/7 juga boleh mengelakkan pengguna daripada terlepas panggilan atau SMS penting.

Acer-Liquid Leap-mekanika (1)

Fungsi kawalan muzik pula membolehkan pengguna mengakses fail muzik dalam telefon pintar dan memainkan lagu kegemaran masing-masing.

Paling penting, Acer  akan dipasarkan di Malaysia tidak lama lagi!

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button