Motosikal

SUZUKI SMASH FI

Istimewa untuk mereka yang ingin lari daripada kebiasaan, Suzuki Assemblers Malaysia (SAM) baru-baru ini memperkenalkan moped terbaharunya, Suzuki Smash Fi.

Suzuki-Smash-Fi-mekanika (6)

Dijana oleh unit dengan sistem suntikan bahan api (Fuel Injection) bersesaran 113cc, ia sememangnya menawarkan tunggangan yang lancar dan menjimatkan. Harus tahu bahawa Suzuki Smash Fi direka berdasarkan kepada ciri-ciri teknologi yang ada pada jentera lagenda Suzuki, Hayabusa.

Maka, tidak hairanlah jika Suzuki Smash Fi dikatakan cemerlang dalam aspek-aspek seperti kelincahan tunggangan, ringan dan pengendalian yang tepat.

Suzuki-Smash-Fi-mekanika (7)

SMA menawarkan Suzuki Smash Fi dalam dua varian iaitu S dan SR pada harga  RM4,780 dan RM4,980 seunit. Beza di antara kedua-dua model itu dapat dilihat dengan jelas melalui penggunaan sport rim pada model SR dan rim lidi untuk varian R.

Suzuki-Smash-Fi-mekanika (5)

Untuk memudahkan penunggang, kapcai ini dilengkapi panel meter bersaiz besar yang mudah dibaca, serta indikator kedudukan gear. Saiz reflektor lampu hadapan juga dibesarkan sehingga 100 peratus untuk pencahayaan yang lebih luas dan cerah.

Lampu belakang pula terdiri daripada jenis kluster bersama lampu isyarat berasingan. Tidak jauh bezanya dengan model-model moped yang lain, Suzuki Smash Fi turut ruang simpanan berkapasiti lapan liter.

Suzuki-Smash-Fi-mekanika (9)

Bagi varian SR, Suzuki Smash Fi hadir dalam tiga pilihan warna iaitu biru, hijau dan merah. Jika anda memilih untuk membeli varian R, warna yang ada ialah hijau dan  merah. Kedua-dua motosikal ini disertakan bersama jaminan selama setahun atau jarak perbatuan 10,000 kilometer (mana-mana tiba dahulu).

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button