ACURA ANGKAT ‘BENDERA PUTIH’ DI CHINA. 6 TAHUN JE BERTAHAN
Honda mengambil keputusan menarik kenderaan jenama Acura dari pasaran China pada penghujung tahun 2022.
Keputusan berkenaan diambil selepas hanya enam tahun jenama separa mewah itu diperkenalkan pada tahun 2016 dengan hasil usahasama bersama GAC.
Pengeluar Jepun itu, mengeluarkan kenyataan mengatakan bahawa ia akan memperuntukkan semula sumber ke arah pembangunan barisan e:NP baharu untuk pasaran China.
GAC membawa maksud Guangqi merupakan antara jenama China yang Honda menjalin kerjasama untuk menjual produk di negara terbabit.
Dua kenderaan GAC Acura adalah CDX dan RDX yang akan kekal dalam pasaran sehingga setiap unit terjual.
Para pengedar GAC Honda pula, akan terus memberi perkhidmatan kepada kenderaan GAC Acura di seluruh negara manakala pekerja Acura akan diserapkan ke cawangan Honda.
China merupakan pasaran penting bagi pengeluar automotif malah mewakili peluang besar untuk pertumbuhan.
Begitupun, jualan terbaik GAC Acura adalah pada tahun 2019 dengan jualan 14,701 unit kenderaan mankala tahun lalu sebanyak 6,554 unit sahaja terjual.
GAC Acura bukan satu-satunya jenama yang bergelut di pasaran China.
Honda NSX turut mencatat jualan yang teruk termasuk jenama mewah seperti Infiniti dan Citroen DS. – carscoops