Buletin

SAH! ACURA INTEGRA DAPAT KOTAK GEAR MANUAL!

Setelah ‘direhatkan’ bertahun-tahun lamanya, nama Integra dihidupkan semula sebagai sebuah model liftback lima pintu.

Versi prototaip telah pun didedahkan sebelum ini di mana Acura mengesahkan Integra 2023 dibangunkan menggunakan platform Civic yang terkini.

Dalam satu laporan terkini daripada forum Integra Talk, Acura Integra 2023 disahkan bakal ditawarkan dalam tiga varian utama, dan yang paling penting ia masih lagi mengekalkan kotak gear manual enam nisbah kelajuan.

Sayang sekali, ia bukanlah ciri standard untuk semua varian, di mana ia hanya ditawarkan untuk sebagai opsyen untuk varian tertinggi sahaja (A-Spec Tech).

Ini bermakna, kesemua varian bakal ditawarkan dengan transmisi CVT sebagai ciri standard, dipadankan dengan enjin 1.5 liter turbo yang diperoleh daripada Civic Si.

Acura Integra 2023 dijangka akan mula dijual pada tahun ini dengan harga bermula sekitar $30,000 (RM125,364).

Sumber: Integra Talk

Google ads
Back to top button