Artikel Pilihan

ADAKAH BAR PENSTABIL DAN BAR ANTI OLENG BERKESAN?

Beberapa minggu lepas kami mendapat soalan berkenaan dengan bar penstabil dan juga bar anti oleng yang dipasarkan bebrapa syarikat terkemuka di Malaysia. Bar pentsabil merujuk kepada bar yang dipasang pada bahagian ruangan enjin yang akan menyambungkan suspension tower kiri dan kanan. Manakala bar anti oleng pula merujuk kepada bar yang dipasang pada bahagian bawah cesi yang akan menyambungkan bahagian kiri dan kanan spring dengan tujuan menyambungkan kedua dua belah spring.

Adalah menjadi kelaziman pada semua pengeluar untuk melengkapkan kereta keluaran mereka dengan bar anti oleng pada bahagian depan sebagai kelengkapan asas. Namun amat jarang sekali pengeluar memasang bar anti oleng pada bahagian belakang, dan jika ada dipasang sekalipun di negara asal pasti akan dibuang sebaik sahaja dipasang di Malaysia atas nama penjimatan kos. Malah sesetengah kereta prestasi tinggi akan memasang bar penstabil pada bahagian depan sebagai peralatan standard.

Penulis kacak bergaya iras-iras pelakon Thor

Untuk berlaku adil, penulis akan menceritakan pengalaman penulis menggunakan bar penstabil depan dan bar anti oleng pada bahagian belakang. Kereta pertama milik penulis ialah Hyundai Getz 1.4 (atau lebih dikenali dengan nama Inokom Getz). Penulis memilih kereta ini kerana enjinnya sedikit unik berbanding dengan pesaingnya yang lain. Enjin 1400cc DOHC Alpha II berupaya menghasilkan 98 kuasa kuda pada 6000RPM dan 125Nm tork pada 4700RPM.

Secara semula jadi enjin ini free revving dan memang layan bila guna fungsi Over Drive. Untuk jimat petrol, gear 4 dibuat dengan sedikit panjang jadi ia lebih jimat berbanding dengan model 1300cc dan 1500cc. Sebelum korang gelak, Jeremy Clarkson pun puji kereta ni beb. Cuma bila dah dipasang di Malaysia, ada beberapa short cut yang dibuat. Berat kereta ini adalah 110kg lebih berat daripada Myvi. Jadi bila pandu di lebuhraya dan dalam hujan, memang terasa stabil.

Hyundai Getz TB

Masalah yang timbul bila berat kereta ini tidak padan dengan penyerap hentak (jenama tempatan) menjadikan sprung mass tinggi. Kesannya bila layan selekoh di jalan Grik-Jeli memang ke laut. Kalau selekoh ke kanan rasa terlempar ke Grik, selekoh kiri rasa terhumban ke Jeli (ini metafora je beb). Bila sparring dengan kereta lain, naik bukit memang senyum, tang selekoh bila kene titik memang pahit bai. Bila jalan jauh di jalan kampung, pergerakan pitching (weight transfer dari cei depan ke belakang dan sebaliknya) memang tak ada ampun. Penat jalan jauh.

Lepas pikir panjang, penulis mula memasang bar penstabil di gandar depan dan bar anti oleng pada roda belakang pada tahun 2009. Semasa proses pemasangan kilometer kereta ialah 40,000km dan didapati absorber depan belakang sudah bocor. Nak tau senang saja, tekan saja penyerap hentak di lantai worksyop, besi penyerap hentak nak tendang balik memang syahdu. Makan nasi lemak pun sempat lagi.

Bar Anti oleng pada bahagian belakang

Selesai saja pemasangan, minggu depan penulis balik ke kampung dan melalui jalan Batang Kali-Gohtong-Genting Sempah-Bentong-LPT. Memang sangat terasa perubahan dari segi vehicle dynamic disebabkan oleh pemasangan penyerap hentak baru, bar penstabil, dan bar anti oleng. Masa inilah penulis secara tak sengaja terlayan sebuah kereta penguatkuasa sambil-sambil layan selekoh. Lepas tengok Waja CPS ni lain macam saja amik selekoh dan braking point, baru penulis perasan ini kereta penguatkuasa. Nasib tak kena saman

Perkara pertama yang penulis perasan ialah olengan cesi ketika mengambil selekoh menjadi terkawal tidak seperti sebelumnya rasa nak terhumban dalam gaung. Gangguan pada stering disebabkan oleh permukaan jalan yang tidak rata menjadi sangat minima. Segala pergerakan cesi dapat dirasai oleh tubuh (bahagian peha, belakang badan dan pinggul) dan penulis buat pertama kali dapat berkomunikasi dengan cesi kereta. Senang cerita dah jadi ketagih bila memandu di jalan selekoh .

Bar anti oleng pada bahagian depan

Pulas saja stering dan bahagian belakang cesi ikut rapat tak ada delay. Ada beberapa perubahan lain lagi dibuat oleh penulis setahun lepas menggunakan bar penstabil dan anti oleng ini. Penulis mula memasang absorber OEM yang digunakan oleh Hyundai Korea dan menggunakan tayar Michelin XM2. Kesemua perubahan ini menjadikan kereta lagi sedap dipandu. Cesi yang keras dilembutkan oleh tayar. Disebabkan rajin buat penjajaran dan imbangan, tayar juga makan dengan sekata. Brek pula memang ngap makan.

Mazda CX30

Keburukan

Penulis turut memasang bar penstabil dan bar anti oleng ini pada Myvi SE 1.3. Sama seperti Getz, ia menjadikan Myvi lagi sedap dipandu di selekoh. Kalau ada pembaca pernah kene titik di selekoh di Grik-Jeli, mintak maaf la ye. Namun berbeza dengan Getz, Myvi tersebut datang dengan penyerap hentak original yang sedikit keras. Kalau pandu atas jalan dengan garisan kuning, gigi boleh berlaga dan silap haribulan lidah boleh terputus kalau terkapit (okey ini tipu).

Bar Penstabil

Apa yang terjadi ialah apabila kita memasang bar penstabil di bahagian depan dan juga bar anti oleng di bahagian belakang ialah nilai K atau pekali spring bagi suspensi gandar depan dan belakang akan meningkat. Apabila nilai K meningkat, reaksi suspensi akan terasa sedikit keras. Jika terlampau keras kereta mungkin akan melantun sedikit jika melalui jalan tidak rat di selekoh. Sebaiknya kaji duku diameter bar penstabil dan bar anti oleng yang ingin digunakan. Jangan terus ambil diameter besar melainkan anda ingin berlumba di litar.

Pemasangan pada Alza milik penulis juga menyebabkan cesi di suspension tower mengalami sedikit kecacatan. Penulis mengagak bahawa besi aloi di bahagian tersebut mengandungi banyak karbon yang menyebabkan ia mengalami brittle. Ada juga yang bertanya adakah pemasangan kedua-dua komponen ini akan menyebabkan kerosakan tambahan jika berlaku kemalangan.

Maaf ini saya tidak dapat jawab kerana tidak pernah mengalami kemalangan sewaktu menggunakan kereta yang dipasang dengan bar penstabil ini. Namun semakan di laman web pengeluar mendakwa ia mampu menyerap daya hentaman kemalangan dan melindungi pemandu. Pada hemat penulis, baguslah kalau begitu kerana kereta dan komponen ini boleh dibeli. Nyawa dan anggota badan tak ada dijual di kedai spare part beb.

Kedua-dua komponen ini tak adalah berat sangat pun. Jadi kesan pemasangan ke atas penggunaan petrol atau disel bagi penulis boleh diabaikan melainkan pembaca memasang semua pakej ala-ala roll cage. Bak kata kawan penulis, some car give better mile, some car give smiles. Jadi buatlah kajian mendalam sebelum memasang komponen ini. Kene buat eksperimen dan bertanya pada kawan kawan. Jika terasa agak keras cuba tambah ketebalan tayar dari siri 55 ke 60. Sedikit perubahan kecil akan membantu kita mencari pemanduan yang ideal buat kereta.

Tags
Google ads
Back to top button