Artikel Pilihan

RENAULT CITY K-ZE – DARI CHINA UNTUK GLOBAL

Cantik. Memang cantik. Sekali imbas melihatkan SUV comel dengan berlogokan buatan jenama dari Eropah pasti mampu membuatkan sesiapa pun terpikat. Tapi SUV kecil ini bukan sembarangan SUV. Ianya adalah SUV elektrik sepenuh. Inilah dia Renault memperkenalkan, City K-ZE.

Oh ya, sukalah untuk Brader Karrager maklumkan bahawa model ini membuat debut ketika Shanghai Motor Show 2019 yang lalu. Kenana China? Menurut CEO Kumpulan Renault Thierry Bolloré, mereka bercita – cita tinggi untuk menembusi pasaran China. Sasarannya adalah pada tahun 2022 mereka mampu menjual sehingga 550,000 unit. Dan sebagai langkah permulaan ke arah tersebut, Renault telah bekerjasama dengan Dongfeng Motor Group untuk membangunkan modek City K-ZE ini.

Menariknya, ini bukanlah sebarang SUV kompak. Renault City K-ZE ini adalah merupakan sebuah Kenderaan Elektrik (EV) sepenuhnya. Walaupun ianya adalah SUV EV kompak, namun rekaannya tidaklah biasa biasa. Bahagian luarannya menampilkan rekaan yang beberapa garisan yang lurus dan sasa. Menjadikan SUV kompak ini lebih macho. Menambahkan kegarangan rupa luaran adalah rekaan gril baharu yang lebih besar.

Sebagai sebuah EV sepenuhnya, sudah tentu City K-ZE ini turut dilengkapi dengan motor elektrik yang dijana melalui 26.8 kWh bateri lithium-ion yang mampu menghasilkan kuasa 44 hp (33 kW) dengan tork 258 Nm. Bolehlah nak capai kelajuan maksimum 105 km/j. Pihak Renault juga mendakwa City K-ZE ini mampu mencapai jarak pemanduan sehingga 271 km. Setakat nak pergi makan Nasi Beryani di Batu Pahat tu memang takde masalahlah.

Untuk mengecasnya, hanya perlu menggunakan sambungan biasa kena tunggu sehingga empat jam untuk pengecasan penuh. Tapi kalau menggunakan pengecasan pantas melalui sambungan GB/T, kuasa bateri daripada 30% hingga ke 80% hanya memerlukan 30 minit sahaja.

Bahagian kabinnya hanya diserikan dengan sistem infohiburan yang bersaiz 8 inci walaupun rekaan papan pemukanya cukup ringkas. Manakala meter cluster pula berfungsi untuk memaparkan info penting tentang keadaan bateri misalannya dan juga sistem TPMS.

Oh ya, sebenarnya, suka untuk dimaklumkan juga bahawa sebenarnya model City K-ZE ini sebenarnya berasal daripada Renault Kwid. Cumanya berkongsi paras rupa sahaja sahaja. Dan walaupun ianya adalah sebuah model EV yang menempatkan ruangan bateri, namun sebenarnya ruangan bagasinya langsung tidak terjejas dengan kapasiti 300 liter. Keluasan yang sama dengan model Kwid tersebut yang turut dipasarkan di negara India.

Dikhabarkan, harga untuk model tertinggi bagi City K-ZE ini akan berada pada harga sekitar 71,800 Yuan (RM42,423) dan hanya akan dipasarakan di China terlebih dahulu. Tetapi perancanganya ianya akan turut berada di pasaran global yang lain. Walau pun China, cakap cakap tentang isu kualiti model ini sudah tentu menjadi buah mulut. Namun usah khuatir kerana kualiti binaanya pasti menyamai standard kereta Eropah yang lain. Apatah lagi dengan pembawakan logo jenama dari Perancis.

BACA : RENAULT TRIBER SUV KECIL 7 TEMPAT DUDUK

BACA : RENAULT CAPTUR LEBIH MURAH

Google ads
Back to top button