
MITSUBISHI TRITON SPORT EDITION 2023 HANYA UNTUK AUSTRALIA. TERHAD 400 UNIT, BERMULA RM91K
Mitsubishi baru-baru ini mendedahkan Triton Sport Edition 2023 untuk pasaran Australia yang hanya akan diproduksi sebanyak 400 unit.
Ia didatangkan dengan kemasan GLS Deluxe dan Dual Cab, selain menampilkan jeriji, perumah cermin sisi, roda aloi dan bampar belakang berwarna gelap, serta kemasan krom pada gril dynamic shield.
Skid plate hadapan, tangga sisi, termasuk bampar belakang diwarnajan merah. Pelekat jalur merah dan kelabu juga ditambah pada bonet dan pintu belakang untuk memberikan imej lebih sporty Triton Sport Edition 2023.

Di bahagian kabin, tempat duduk dikemaskan dengan balutan kulit hitam bersulam jahitan merah. Sama seperti varian GLS Deluxe, Sport Edition dilengkapi ciri pemanas untuk tempat duduk hadapan, multi-around monitor Mitsubishi dan kemasan kulit pada pintu.
Perubahan lain pada Triton 2023 termasuklah penambahan tangga sisi hitam standard untuk GLX. Di samping sistem audio yang dipertingkatkan dengan skrin sentuh infotainmen 7 inci untuk gred GLX-R dan GLS.
Mitsubishi menghentikan penggunaan enjin petrol 2.4 liter seperti terdapat dalam Triton GLX Single Cab. Ini bermakna semua varian Triton kini dilengkapi enjin turbodiesel 2.4 liter yang menghasilkan kuasa 178hp dan tork 430Nm.
Kuasa disalurkan ke roda belakang (4×2) atau ke keempat-empat roda (4×4) melalui transmisi manual dan automatik enam kelajuan.
Pengeluaran Mitsubishi Triton spesifikasi Aussie 2023 sudah pun dijalankan dengan penghantaran pertama dijadualkan pada Disember 2022.
Harga bermula dAS$19,611 (RM91,612) untuk manual Triton GLX Single Cab 4×2, manakala Triton GSR Double Cab 4×4 automatik pula berharga AS$41,227 (RM 192,591). Bagi Triton Sport Edition, ia ditawarkan secara eksklusif dalam versi automatik 4×4, berharga AS$36,000 (RM168,200).
GALERI:




- BACA: MITSUBISHI OUTLANDER PHEV 2023 – DARI RM185K DI AMERIKA SYARIKAT
- BACA: MITSUBISHI ASX 2023 DIPERKENALKAN. MIRIP RENAULT CAPTUR, ADA VARIAN PHEV. MASUK MALAYSIA NANTI?
- BACA: MITSUBISHI XPANDER CROSS 2022 – REKAAN DYNAMIC SHIELD YANG LEBIH GARANG
- BACA: MITSUBISHI TRITON PHANTOM PLUS EDITION. TERHAD 1,000 UNIT, BERMULA RM139,700






