Artikel Pilihan

ALKISAH JENAMA RED BULL – BUKAN SEKADAR MINUMAN TENAGA

Jenama Red Bull dalam dunia permotoran sememangnya tidak dapat dipisahkan. Cukup sinonim terutamanya dalam perlumbaan ulung F1. Sudah beberapa tahun logo dan jenama Red Bull terpampang di atas litar apabila empat buah jentera F1 berlumba serentak.

BACA : MAX VERSTAPPEN – JUARA DUNIA F1 DALAM PEMBIKINAN

BACA : NISSAN LCV SOKONG PASUKAN INFINITI RED BULL RACING

Sedikit sejarah tentang Red Bull, ianya mula ditubuhkan pada tahun 1984 oleh taikun Austria Dietrich Mateschitz dan usahawan dari Thailand, Chaleo Yoovidhya yang pada ketika itu telah pun mencipta minuman tenaga, Krating Daeng. Ianya bermula ketika Dietrich berkunjung ke Thailand dan beliau telah meminum Krating Daeng yang langsung menghilangkan kelesuan akibat daripada jetlag.

Kerjasama terjalin di antara mereka di mana Dietrich akan menguruskan operasi di Austria sebagai permulaan setelah mengubah suai resepi asal untuk disesuaikan dengan citarasa Eropah. Dan ketika diperkenalkan pertama kali pada 1987, ianya terus mendapat sambutan yang hangat dengan jenama Red Bull mula diperkenalkan.

Dan jenama Red Bull terus menembusi pasaran Eropah yang lain bermula era 1990an. Hasil usaha kerja-kerja pemasaran yang berterusan terutamanya melibatkan penajaan acara mahupun atlet.

Tapi tahukah bahawa jenama Red Bull sudah sebetulnya sudah lama bertapak dalam arena F1? Ianya bermula apabila Red Bull mula menaja pasukan Sauber. Dan Red Bull mula memutuskan hubungan dengan Sauber setelah lebih kurang 10 tahun bersama apabila mereka memutuskan untuk berdiri atas kaki sendiri. Dan bermula tahun 2005, bermulalah era baharu Red Bull Racing dalam kancah F1 diikuti pasukan adik-adik pada 2006, Scuderia Toro Rosso khusus untuk menggilap pelumba muda.

Dalam dunia rali Red Bull juga tidak mahu melepaskan peluang untuk menonjolkan jenama mereka apabila turut menaja pasukan Citroen WRC yang dipandu oleh juara dunia Sebastian Loeb pada pertengahan tahun 2000.

Dominasi jenama Red Bull ini berterusan apabila mereka menaja pula pasukan Volkswagen Polo R WRC dan sekaligus menjulang kejuaraan WRC dengan terpampang jenama Red Bull. Dan pada musim 2017 ini jenama Red Bull telah beralih arah ke jentera Ford Focus WRC pula.

Selain kereta, Red Bull turut menaja pasukan Red Bull KTM Factory Racing dalam saingan MotoGP dan juga pasukan Ten Kate Racing untuk saingan SBK. Manakala pelekat Red Bull pada Honda Civic Coupe juga boleh kelihatan dalam saingan Rally Cross.

Penajaan Red Bull turut melibatkan acara yang melibatkan kerajaan langit apabila turut menjadi penaja kepada Red Bull Air Race World Championship yang menyaksikan logo Red Bull ini terbang laju dan tinggi di udara.

Red Bull turut dianggap gila apabila turut memiliki lima pasukan bolasepak, FC Red Bull Salzburg, New York Red Bulls, Red Bull Brasil, RB Leipzig, dan Red Bull Ghana. Kalau himpun duit, rasanya beli Liverpool cukuplah, lepas tu himpun pemain terkemuka macam Safiq Rahim bayar gaji mahal-mahal boleh menang Liga empat musim berturut pun orait juga. Tapi macam tak sedap pula nama pasukan jadi RB Liverpool kan?

Google ads

B K

Back to top button