,
Buletin

KEMEJA-T UNIK, TATU PEACE PUNCA WANITA BAKAR DUA KERETA POLIS TERTANGKAP

Protes berhubung kematian George Floyd telah meledak ke seluruh Amerika Syarikat, malah sebahagian daripada protes berkenaan telah mengakibatkan kes kecurian dan kemusnahan terhadap kenderaan polis.

Berikutan kejadian yang berlaku di Philadelphia pada 30 Mei, Peguam Amerika Syarikat, William Mcswain telah mendakwa Lore-Elisabeth Blumenthal, 33, kerana membakar harta benda awam.

Semasa protes berkenaan Blumenthal didapati telah memusnahkan dua kereta polis.

Menurut Pejabat Peguam Amerika Syarikat, Daerah Timur Pennsylvania, sebuah sedan dan SUV milik Jabatan Polis Philadelphia yang diparkir di dewan bandar telah dibakar.

“Pelbagai video telah diambil dari lokasi kejadian, defendan didapati memakai pelindung mata dan sarung tangan sambil mengambil kayu penghadang dari belakang tingkap sedan yang sudah terbakar. Kayu yang sedang marak dengan api telah disumbat ke dalam SUV yang tidak terbakar.

“SUV itu kemudian terbakar dan kedua-dua kenderaan musnah.

Apa yang menarik perhatian tentang kes ini ialah bagaimana Lore-Elisabeth tertangkap. Menurut laporan NBC Philadelphia, ejen khas FBI, Joseph Carpenter telah melihat gambar insiden berkenaan di Instagram.

Carpenter telah bertanya kepada orang memuat naik gambar tersebut sama ada mempunyai gambar-gambar kejadian. Maklum balas daripada mereka mendapati terdapat gambar tangan pembakar kenderaan yang mempunyai tatu lambang peace.

Salah seorang jurugambar telah memberi FBI kira-kira 500 gambar protes dan mendakwa menunjukkan imej Blumthal tanpa penutup muka dan memakai baju t menyebut “Keep the immigrants, deport the racists.”

Baju berkenaan dijual oleh individu di Etsy dan mendapat penilaian lima bintang daripada seseorang di Philadelphia yang menggunakan nama “alleycatlore”.

Maklumat itu membolehkan FBI mencari nama berkenaan di dalam talian. Melalui risikan di alam maya, pihak FBI dapat mengenal pasti defendan.

Jika disabit kesalahan, wanita berkenaan boleh dihukum penjara sehingga 8 tahun dan denda maksimum $500,000 (kira-kira RM2.1 juta). – carscoops

Tags
Google ads
Back to top button