Artikel Pilihan

INI 5 TANDA-TANDA AWAL KEROSAKAN RADIATOR

Radiator ataupun tangki air memainkan peranan yang amat penting dalam operasi enjin kereta. Walaupun ia merupakan satu masalah yang biasa, radiator yang bocor akan membuatkan perjalanan anda tergendala jika enjin anda mengalami kepanasan yang melampau akibat kegagalan sistem sejukan.

Mengetahui tanda-tanda kebocoran radiator akan membantu anda melindungi pelaburan dan pada masa yang sama memastikan anda dan penumpang dalam keadaan selamat. Ambil langkah bijak dengan memastikan anda melengkapkan diri anda dengan sedikit sebanyak maklumat tentang perjagaan kereta.

BACA: TANDA2 ALTERNATOR DI PENGHUJUNG HAYAT

Ia akan membantu anda dari mengalami kerugian besar akibat kerosakan yang berunca dari kegagalan anda menyelesaikan masalah yang kecil. Di sini kami kongsikan beberapa tanda radiator yang mengalami kebocoran.

1. TITISAN CECAIR PENYEJUK (COOLANT)

Cecair penyejuk ataupun coolant direka khusus untuk membantu mengawal suhu enjin kereta anda. Radiator kereta menggunakan coolant berbentuk cecair untuk menyejukkan enjin. Jadi, cara yang paling mudah untuk mengesan kebocoran ialah dengan memerhatikan jika ada titisan air berwarna di atas lantai garaj anda.

Coolant biasanya dihasilkan dalam pelbagai warna dan ini merupakan salah satu punca kenapa ia mempunyai warna. Ia akan membantu mengesan kawasan yang bocor dengan lebih mudah.

Ada juga coolant yang mempunyai baunya yang tersendiri. Ingat, coolant tidak hanya berada di satu tempat tetapi sentiasa bergerak di dalam enjin kereta.

Sebaiknya enjin kereta dibersihkan terlebih dahulu sebelum mencari punca kebocoran kerana ia mungkin berpunca daripada pam air, hos ataupun perumah thermostat. Jika enjin masih panas, kemungkinan radiator yang bocor akan mengeluarkan wap stim dari bahagian yang bocor.

Ingat, cecair coolant sangat beracun dan mempunyai toksik yang cukup untuk membahayakan manusia dan juga binatang. Jika terkena kulit segera bersihkan dengan air yang banyak.

2. PARAS AIR BERKURANGAN

Jika terdapat kekurangan yang ketara dalam tangki air simpanan radiator, anda harus bertindak segera kerana ia juga merupakan petanda radiator anda sudah bocor.

Sebenarnya, paras cecair penyejuk sentiasa berbeza mengikut suhu enjin kereta. Ia akan sentiasa naik dan turun tetapi dalam kadar yang agak tetap. Penurunan ataupun kekurangan cecair penyejuk yang drastik bermakna, kereta anda mengalami kebocoran radiator (atau lebih parah, kebocoran pada kelapa selinder)

Anda boleh mengesahkannya dengan menambah cecair penyejuk ke dalam radiator sebelum memeriksanya kembali selepas beberapa hari untuk melihat parasnya. Jika ia berkurangan pada kadar yang luar biasa, ia bermaksud ada kebocoran di mana-mana bahagian enjin – beri perhatian pada tangki air ataupun radiator.

3. PERIKSA SEMUA SAMBUNGAN DAN HOS

Karat ataupun perubahan warna pada beberapa komponen enjin mungkin juga bermaksud radiator anda sedang mengalami masalah kebocoran.

Hos-hos radiator dan bahagian lain juga berkemungkinan mengalami kehausan dalam tempoh masa yang agak lama. Ia mesti selalu dibersihkan dan diperiksa untuk mengesan lokasi kebocoran ataupun rekahan.

4. BAIKPULIH KEBOCORAN RADIATOR

Jika radiator anda memang mengalami kebocoran. Terdapat beberapa produk yang boleh membantu anda membaikinya untuk sementara waktu sebelum anda boleh membawa kereta anda ke bengkel.

Selepas memastikan tempat yang bocor pada radiator kereta anda, segera sumbat bahagian yang bocor dengan produk yang disebutkan tadi. Namun harus ingat yang pembaikian ini adalah bersifat sementara dan anda masih perlu membawa kereta anda ke bengkel agar penyelesaian yang terbaik boleh dilakukan segera.

Cara terbaik ialah dengan menukar terus bahagian yang bocor tersebut, menampal dengan bahan tertentu (bergantung pada jenis buatan) atau lebih baik, menukar satu set radiator lebih baru.

5. KEGAGALAN MENGIKUTI JADUAL PENYELENGGARAAN

Jika anda tidak mengikut saranan buku panduan kereta yang menyatakan yang cecair penyejuk perlu diganti pada tempoh masa tertentu, anda sememangnya menjadi punca kepada kebocoran radiator tersebut.

Cecair penyejuk mesti ditukar baru dari semasa ke semasa untuk mengelakkan tindak balas kimia yang menyebabkannya menjadi terlebih berasid. Cecair penyejuk ini sendiri yang akan mengkakis komponen penyejuk yang ada pada kereta anda sekaligus menyebabkan kebocoran radiator.

Inilah antara tanda-tanda kebocoran radiator. Ia mampu menyebabkan anda kerugian masa dan wang, jadi bertindaklah bijak dengan memasukkan radiator ke dalam senarai komponen yang perlukan penyelenggaraan rapi sama seperti komponen enjin yang lain.

BACA: TIPS PENJAGAAN BATERI YANG BETUL

BACA: TIPS PENTING PENGGUNA CVT

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button