Artikel Pilihan

ASEEL AL HAMAD TURUT MERAIKAN DETIK BERSEJARAH PENARIKAN LARANGAN MEMANDU DI ARAB SAUDI

Ini adalah tentang khabar berita yang dinantikan oleh semua golongan wanita di Arab Saudi khususnya. Buat sekian kalinya, larangan memandu oleh golongan wanita telah pun ditarik balik oleh Pemerintah Arab Saudi bermula 24 Jun 2018 yang lalu. Langkah yang diusahakan oleh  Putera Mahkota, Mohammed bin Salman Abdulaziz Al Saud ini, sudah tentu melegakan kaum wanita di sana yang sebelum ini perlu bergantung dengan saudara lelaki mereka untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain.

BACA : JOSÉ MOURINHO MEMBUAT KEJUTAN DENGAN MELAWAT KILANG JAGUAR

BACA : JAGUAR XFR-S SPORTBRAKE

Dengan penarikan larangan tersebut, adalah dijangkakan seramai tiga juta kaum wanita Arab Saudi bakal mempunyai lesen dan aktif memandu kenderaan menjelang tahun 2020.

Bagi menandakan detik bersejarah itu,  Aseel Al Hamad yang juga merupakan seorang pelumba wanita Arab Saudi telah pun melakukan pusingan bersejarah di litar sambil memandu Jaguar F-TYPE. Aseel telah bergabung dengan pihak Jaguar bagi mengingati detik bersejarah ini dengan melancarkan  World Driving Day, sebuah program global yang mengundang lelaki dan wanita untuk merayakan keseronokan memandu kini dan masa hadapan.

Ironinya Aseel yang juga merupakan Lembaga Pengarah bagi  Saudi Arabian Motor Federation, tidak pernah merasa sekalipun beraksi di litar bumi sendiri. Iyalah, nak memandu di jalanraya biasa pun tak lepas, apatah lagi nak memandu atas litar.

Menurut Aseel, “Sedari kecil lagi saya adalah penggemar kereta. Dan hari ini adalah hari yang cukup beremosi buat saya. Ini adalah detik memandu yang terbaik pernah saya ada perolehi. Tiada lagi yang terbaik dapat melakukan pusingan bersejarah di negara sendiri dengan memandu Jaguar F-TYPE bersempena World Driving Day. Saya berharap semua orang di seluruh dunia dapat berkongsi kegembiraan yang sama kisan dan pengalaman memandu mereka dengan menggunakan #WorldDrivingDay”.

Jikalau ada yang merasakan Aseel ini entah siapa-siapa, harus diingat bahawa beliau juga sebetulny adalah Wakil bagi Arab Saudi untuk Women in Motorsport Commission, FIA. Malah, Aseel juga turut berpeluang untuk memandu kereta F1 milik Renault. Walau pun meminati kereta, Aseel turut memiliki Ijazah dalam Kejuruteraan Hiasan Dalaman dari Prince Sultan University dan  University of the Arts, London.

 

Google ads

B K

Back to top button