Buletin

PROSEDUR IMPORT KERETA KLASIK LEBIH KETAT- SELAMAT TINGGAL JDM

Semalam, kami mendapat maklumat bahawa Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) telah mengeluarkan pekeliling baru garis panduan ermit import kenderaan (AP) import klasik dan vintaj baru.

Garis panduan baru telah dikeluarkan dan hanya kenderaan berusia lebih 35 tahun untuk kategori klasik dan 50 tahun untuk kelas vintaj. Peraturan baru tersebut akan berkuatkuasa bermula 1 Julai nanti.

Semakan dengan beberapa kenalan kami dalam industri ini mengesahkan bahawa dokumen tersebut benar. 

Itu bermakna, had umur kenderaan yang dibenarkan dibawa masuk kini bergantung pada tahun produksi di negara pengeluar. Bagi kelas klasik, kenderaan yang boleh diimport masuk sekurang-kurangnya didaftarkan pada tahun 1983 ke bawah.

BACA: DAIHATSU MIRA KLASIK UNTUK DIJUAL

Berbeza dengan prosedur sebelum ini yang membolehkan kenderaan berusia 25 tahun diimport masuk bagi status AP klasik. 

Ia membenarkan kenderaan pada tahun 1993 ke bawah yang mana merupakan lingkungan banyak model-model menarik dari industri automotif Jepun.

Peraturan baru ini juga akan mengakibatkan pilihan model semakin kecil.

Seperti yang kita semua ketahui, kebanyakan model JDM (Japan Domestic Model) datangnya dari era 90-an. 

 

 

Google ads
Back to top button