Buletin

ATOK 93 TAHUN PEMILIK MODEL TERAKHIR CHEVROLET IMPALA

Chevrolet Impala sentiasa dilihat sebagai ikon budaya, malah sering menjadi subjek modifikasi dan keaslian dimiliki jentera ini sentiasa terpelihara.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, nama Impala semakin dilupai dan hanya diingati sebagai sebuah kereta sedan sahaja.

Berikutan itu, model berkenaan dihentikan produksi bersama Cadillac CT6. Model pengeluaran terakhir Impala yang menjadi kegilaan ramai satu ketika dahulu telah dibeli peminat setia Chevrolet, Pinky Randall.

Impala terakhir yang merupakan varian LT ini dipadankan dengan warna merah (Cajun Red).

Sebagai rekod, Impala 2020 hadir dengan enjin 3.6 liter V6 yang mampu menjana 305hp dan tork 264Nm. Ia didatangkan bersama transmisi automatik enam kelajuan.

Ini bukan kali pertama Randall memiliki versi istimewa model jenama kereta Chevrolet. Pada tahun 1996, lelaki ini telah membeli model terakhir Impala SS malah diundang pengeluar untuk memandu kereta tersebut dari barisan pengeluaran kilang.

Bagaimanapun, Impala SS berwarna metalik Cherry menjadi koleksi peribadi Randall telah dijual semula kepada Chevrolet.

Mungkin ada bertanya, bagaimana lelaki ini boleh mendapatkan Impala terakhir itu?

Apabila Randall mengetahui model Impala akan dihentikan produksi, dia mengambil keputusan melawat Classic Chevrolet yang berpangkalan di Lake City, Michigan untuk bertanya mengenai pembelian kereta itu.

Menurut akhbar The Houghton Lake Restorer, Randall menempah kereta itu pada tahun lalu. Dia ditemani isterinya, Joyce telah mengambil kereta berkenaan dan memandu ke rumah mereka di Houghton Lake.

Lelaki ini telah membuat plat hadapan kustom dengan perkataan Mr. Chev manakala plat asal yang tertera Final1 diletakkan di bahagian belakang bersama ukiran veteran Perang Dunia II.

Chevrolet menganggarkan terdapat kira-kira 18,386 model Impala tahun 2020 telah dikeluarkan. –carbuzz.   

Google ads
Back to top button