Buletin

AUDI R8 SPYDER

New York Auto Show 2016 lebih meriah dengan kehadiran Audi R8 Spyder 2017.  Secara keseluruhan, rekaan supercar generasi kedua ini tidak jauh berbeza dengan versi hard top.

Audi-R8-Spyder-2017-mekanika (4)

Bahagian hadapan menerima pembaharuan kecil menerusi penggunaan gril lebih besar dengan rekaan sarang lebah.

Lampu hadapan lebih tirus dan bahagian bampar dipadankan dengan lubang pengambilan udara yang besar.

Audi-R8-Spyder-2017-mekanika (3)

Melihat dari sisi ia persis R8 coupe. Bahagian bumbung R8  menggunakan kain dengan berat 50kg. Pihak Audi menawarkan tiga pilihan warna iaitu merah, hitam dan coklat.

Bumbung tersebut boleh dibuka dan tutup dengan hanya mengambil masa 20 saat pada kelajuan 49km/j.

Audi-R8-Spyder-2017-mekanika (2)

Soal mekanikal masih sama menggunakan enjin V10 5.2 liter dengan kuasa 540hp dan tork 540Nm. Pecutan dari sifar ke 100km/j mampu dicapai dalan tempoh  3.6 saat. Kelajuan maksimumnya adalah 320km/j.

Penghantaran kuasa ke semua roda diserahkan kepada transmisi automatik 7-kelajuan menggunakan sistem Quattro. Audi masih belum mendedahkan harga model tersebut dan khabarnya ia akan dipasarkan dalam tempoh terdekat ini.

Tags
Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button