Peranti

SAMSUNG & YAMAHA BANGUNKAN HUD PINTAR

Samsung dan Yamaha Itali baru-baru ini memperkenalkan konsep Smart Windshield yang dilihat bakal mengubah cara penunggang motosikal berkomunikasi.

Yamaha-Samsung-Smart-Windshield-Concept-Mekanika (1)

Ideanya ringkas. Smart Windshield terdiri daripada satu head-up display (HUD) yang   menghubungkan telefon pintar menerusi satu aplikasi. Ia kemudian memaparkan maklumat seperti navigasi, panggilan, mesej, e-mel dan banyak lagi menggunakan satu sistem pancaran khas pada skrin.

Skrin yang telus itu diletakkan di bawah cermin di atas panel instrumen skuter. Diposisikan pada aras mata penunggang, skrin itu boleh dilihat dengan mudah.

Yamaha-Samsung-Smart-Windshield-Concept-Mekanika (2)

Samsung membangunkan teknologi ini sebagai sebahagian daripada projek komunikasi globalnya. Manakala Yamaha pula menawarkan motosikal ujian yang paling ideal iaitu skuter Tricity.

Mungkin ada yang skeptikal terhadap inovasi headup dis ini. Namun terdapat ramai penunggang motosikal yang tidak boleh berenggang dengan peranti masing-masing.

Yamaha-Samsung-Smart-Windshield-Concept-Mekanika (3)

Buat masa sekarang, Smart Windshield hanyalah satu konsep tanpa sebarang pelan komersial, biarpun Itali dilihat sebagai pasaran yang berpotensi.

Google ads
Back to top button