Buletin

SUBARU IMPREZA SERBA BAHARU

Subaru of America, Inc.,  rasmi memperkenalkan Subaru Impreza serba baharu pada acara New York International Auto Show 2016.

2017-subaru-impreza-mekanika (2)

Dikemas kini oleh Subaru Global Platform, Impreza digerak menggunakan sistem standard Symetrical All-Wheel Drive yang menawarkan kemampuan pengendalian dan cengkaman mantap di jalan raya.

Kali ini model itu juga lebih lapang dengan jarak roda 2,670mm iaitu pertambahan 25mm. Panjangnya  juga bertambah 40mm dan 38mm lebih lebar.

2017-subaru-impreza-mekanika (3)

Enjin boxer FB 2.0 liter, 4 silinder menerima kemas kini pada sistem pancitan terus dan peningkatan kuasa. Impreza mampu menghasilkan kuasa 152hp berbanding sebelum ini iaitu sekitar 148hp.

Keupayaan itu dibantu oleh transmisi Lineartronic CVT (Continuously Variable Transmission) yang  boleh dioperasi secara manual menerusi paddle shifter 7 kelajuan.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button