Buletin

AVATR 11 DILANCARKAN DI CHINA, LEBIH MEWAH, GUNA PERISIAN HUAWEI, BERMULA RM231K

Avatr 11 baru saja dilancarkan di China dan bersedia untuk dikeluarkan selepas pertama kali jenama itu diperkenalkan sejak 10 bulan yang lalu.

Dibangunkan hasil usaha sama di antara Changan Automobile, pembekal bateri lithium-ion CATL dan Huawei, Avatr 11 juga disokong oleh platform EP1.

Dari segi dimensi, Avatr 11 adalah sepanjang 4,880mm, lebar 1,970mm, tinggi 1,601 mm dengan jarak roda 2,975mm.

SUV itu juga mempunyai banyak teknologi mengagumkan. Sebagai contoh, ia menampilkan sistem pemanduan pintar kompleks yang menggunakan 34 pengesan berbeza, termasuk 3 LiDAR untuk membantu pemanduan di lebuh raya dan jalan yang lebih kecil.

Antara ciri utama Avatr 11 ialah bantuan pertukaran lorong, pengecaman lampu isyarat dan pengesan pejalan kaki.

Pembeli akan dapat membeli Avatr 11 sama ada dalam konfigurasi empat atau lima tempat duduk. Kedua-dua model ini mempunyai papan pemuka yang menempatkan kluster instrumen digital bersaiz 10.25 inci, skrin infotainmen 15.6 inci dan skrin paparan untuk penumpang 10.25 inci yang semuanya menggunakan perisian Huawei.

Terdapat juga dua pad pengecasan tanpa wayar dan 14 sistem bunyi pembesar suara yang lengkap dengan ciri pembatalan bunyi jalan raya dan sistem peningkatan bunyi aktif.

Kerusi juga dilengkapi lubang udara untuk model versi lima tempat duduk. Manakala versi empat tempat duduk kelihatan lebih mewah dengan dua kerusi itu dipisahkan oleh satu konsol tengah yang besar.

Di China, Avatr 11 ditawarkan pada harga bermula AS$51,800 (RM230,872). Harga akan meningkat kepada AS$54,785 (RM244,176) untuk kemasan yang lebih mewah.

Varian paling tinggi dengan bateri berkapasiti 116.78kWh pula ditawarkan pada harga bermula daripada AS$60,700 (RM270,50). Sementara varian Avatr 011 MMW yang diperkenalkan pada Mei lalu boleh didapati pada harga sekitar $88,865 (RM396,000) seunit.

GALERI:

Google ads
Back to top button