
AVETA CARE ON WHEELS TAWAR PERKHIDMATAN SOKONGAN KEPADA PEMILIK AVETA
Bagi meningkatkan rangkaian sokongan jualan dan khidmat selepas jualan, Aveta Malaysia Sdn Bhd baru-baru ini memperkenalkan program terbarunya, dikenali sebagai ‘Aveta Care on Wheels’ (ACW).
Setelah melancarkan program Aveta Service Corner (ASC) menerusi pengedar sah motorsikal Aveta, Ann Chuan Motor, ACW adalah untuk memperkuatkan lagi inisiatif perkhidmatan pelanggan.
ACW merupakan pasukan perkhidmatan mudah alih yang terdiri daripada satu trak pikap dan tiga motosikal.

Misi pasukan ini adalah untuk memberikan perkhidmatan sokongan kepada semua pemilik motosikal Aveta di seluruh Semenanjung Malaysia sekiranya mereka berhadapan dengan masalah teknikal.
Tambahan, pasukan ACW terdiri daripada kakitangan Aveta Malaysia yang berpengalaman dan telah dilatih khusus untuk menyelesaikan sebarang isu teknikal.
Inisiatif ACW meliputi seluruh Semenanjung Malaysia, dan rancangan untuk memenuhi kehendak pelanggan di Sabah dan Serawak sedang giat diuruskan.
Inisiatif ACW kini beroperasi dari Isnin sehingga Sabtu, 10:00 AM sehingga 5:30 PM dan temujanji boleh dibuat melalui talian Aveta Customer Careline di +60129565409.
- BACA: AVETA MALAYSIA PERKENALKAN AVETA SERVICE CORNER – TINGKAT PENGALAMAN PEMILIKAN
- BACA: AVETA RANGER MAX EXPLORER RASMI DILANCARKAN – JANA 10HP, HARGA BERMULA RM6.9K
- BACA: MALAYSIA AUTOSHOW 2023: AVETA VADV 150 HYBRID – PERAKAM VIDEO DIGITAL, 16.2HP, TOP SPEED 115KM/J, HARGA RM13.9K
- BACA: AVETA LANCAR SKUTER ADVENTURE HIBRID PERTAMA DI MALAYSIA, VADV 150. KAMERA DEPAN BELAKANG, LAMPU AFS, BERMULA RM14K SAHAJA







