Motosikal

AVETA LANCAR SKUTER ADVENTURE HIBRID PERTAMA DI MALAYSIA, VADV 150. KAMERA DEPAN BELAKANG, LAMPU AFS, BERMULA RM14K SAHAJA

Aveta Malaysia baru-baru ini melancarkan skuter hybrid pintar pertama VADV 150 ke pasaran tempatan. Pengenalan model itu sekali gus memeriahkan lagi pasaran skuter adventure di Malaysia. 

VADV 150 dikuasakan oleh engine hybrid tunggal 4 injap, SOHC dan motor elektrik yang berfungsi meningkatkan kuasa enjin.

Ia hadir dengan sistem inovatif dikenali sebagai Smart Motor Generator yang boleh menjana kuasa elektrik dan menggabungkan kuasa enjin dalam masa yang sama, seterusnya memberikan pengalaman pecutan lancar dan menyeronokkan. 

Cukup menjimatkan minyak, enjin itu mampu menjana kuasa sehingga 16.2hp dan tork 14.6Nm. Dilengkapi tangki minyak berkapasiti 9.3L, ia memang ideal untuk perjalanan harian anda. 

Apa yang menarik, jentera berkenaan dilengkapi sistem rakaman video digital di depan dan belakang. Ia berfungsi merakam perjalanan dan mampu meningkatkan tahap keselamatan ketika menunggang. 

Sistem brek VADV 150 pula terdiri daripada brek cakera dan teknologi SAF ABS pada roda depan dan belakang. Bukan itu sahaja, skuter tersebut dilengkapi sistem lampu depan adaptif (AFS) yang menyesuaikan sinaran cahaya berdasarkan sudut tunggangan secara automatik. 

Dengan paparan TFT 7 inci, semua maklumat yang anda perlukan ada di hujung jari. VADV 150 turut diberi sistem tanpa kunci untuk kemudahan penunggang. 

Jika berminat, ia hadir dalam tiga pilihan warna iaitu kuning, biru dan merah. VADV 150 boleh anda miliki pada harga bermula RM13,980 seunit. Tunggu apa lagi? Kunjungi ke pengedar sah Aveta hari ini!

GALERI

Google ads
Back to top button