Artikel Pilihan

LAMBANG KERETA PALING RINGKAS DI DUNIA. INILAH ASAL USUL LOGO MCLAREN

Logo pembuat kereta lazimnya mempunyai sejarah yang menarik seperti kereta yang dihasilkan. Tema bulat seperti bulat BMW, atau logo kuda pada Ferrari dan lambang yang rumit seperti Porsche. Tetapi bagaimana dengan McLaren?
 

Itulah persoalan yang cuba dijawab oleh Carfection dalam video pendek mereka terkini yang singkat. Mereka buat kajian dan ada TIGA jawapan utamanya.
 
Drew Stearne memberitahu, terdapat tiga penjelasan. Salah satunya ialah kisah “rasmi”, yang mewakili vorteks yang berasal dari aerodinamik kereta mereka, angin yang turun dari ekor yang boleh dilihat di terowong angin. 
 
 
Versi lain pula menyebut, logo McLaren sebenarnya berkembang dari dua ikon masa lalu;  logo Marlboro dan burung kiwi.
 
Dari segi sejarahnya, syarikat rokok Marlboro bertanggungjawab besar untuk membawa firma Ron Dennis dan Bruce McLaren bersama-sama membentuk pasukan lumba F1 yang kekal sebagai penaja utama selama bertahun-tahun. Logo ‘swoosh’ itu kelihatan seperti evolusi lambang Marlboro, walaupun tiada siapa di firma McLaren yang mahu mengesahkannya.
 
Teori ketiga ialah ‘burung kiwi’ yang digunakan oleh pengasasnya Bruce McLaren pada semua kereta masa lalu.
 
Burung kecil tersebut adalah lambang kebangsaan Bruce yang berasal New Zealand. Logo burung kecil itu akhirnya berevolusi menjadi burung kecil yang laju dan akhirnya dikatakan menjadi ilham logo McLaren.
 

 

Google ads
Back to top button