Buletin

KEUNTUNGAN BERSIH PETRONAS TAHUN 2019 JATUH 27%

PETROLIAM Nasional Bhd (Petronas) hari ini mengumumkan keuntungan bersih sebanyak RM40.5 bilion bagi tahun kewangan 2019, turun 27 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Penyusutan keuntungan itu berikutan harga minyak mentah rendah dan pengurangan aset yang ketara.

Syarikat minyak negara itu memberitahu untung bersih bagi Oktober hingga Disember 2019 jatuh 71 peratus kepada RM41 bilion daripada RM14.3 bilion pada tempoh sama 2018.

Perolehan untuk suku tahunan tersebut jatuh 8 peratus kepada RM64 bilion daripada RM69.9 bilion untuk tempoh sama suku tahun sebelumnya.

“Ketidaktentuan pasaran dijangka berlanjutan. Kami akan kekal fokus dalam melaksanakan strategi dan memastikan kecekapan operasi. Pada masa yang sama mengekalkan disiplin fiskal,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Ekskutif Kumpulan Petronas, Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin.

Petronas yang merupakan penyumbang utama kepada pendapatan negara menyatakan ia merancang untuk membayar dividen sebanyak RM24 bilion kepada kerajaan. Petronas membayar RM54 bilion, termasuk dividen khas sebanyak RM30 bilion kepada kerajaan pada tahun 2019. – The Malaysian Reserve

Tags
Google ads
Back to top button