Artikel Pilihan

BMW TIDAK AKAN BANGUNKAN KERETA TANPA PEDAL ATAUPUN RODA STERENG – BERSYUKURLAH

BMW tidak akan membangunkan satu pun kereta tanpa roda stereng ataupun pedal-pedal kawalan walaupun dunia dilanda keghairahan kenderaan berautonomi sepenuhnya.

Sekurang-kurangnya itulah yang dinyatakan kepada kumpulan media di Geneva Motor Show. Wieland Bruch, jurucakap BMW untuk bahagian komunikasi korporat dan politik menyatakan yang setiap model BMW pada masa hadapan masih akan berfokus kepada pemandu.

Itulah kekuatan BMW selama ini di mana pelanggan bebas membuat pilihan untuk ciri-ciri yang dimahukan pada mereka dan ia berkait rapat dengan penampilan emosi.

Untuk memastikan kejayaan BMW pada masa hadapan, mereka mesti mengekalkan ciri individualiti dan dan tarikan emosi dalam setiap model keluaran mereka. Bahkan jika BMW berjaya menghasilkan kenderaan berautonomi sepenuhnya, ia masih tetap akan dilengkapi dengan roda stereng agar pelanggan mempunyai pilihan dan bukan hanya bergantung pada sistem tersebut sepenuhnya.

Bruch mengesahkan yang tidak ada satu pun model yang sedang dibangunkan mereka tidak mempunyai roda stereng dan pedal-pedal kawalan.

Topik yang sama turut diulas oleh Ketua Produk dan Komunikasi Jenama BMW, Eckhard Wanniek yang menyebut Vision Next 100 Concept yang diperkenalkan 2 tahun lalu menunjukkan dengan jelas bagaimana pemandu mempunyai pilihan tentang cara pemanduan yang mereka mahukan. Walaupun sebuah model konsep, ia masih mempunyai roda stereng dan pedal-pedal kawalan (Sebenarnya bukan berbentuk roda pun tapi yang penting masih ada stereng).

BACA: TERCABAR DENGAN MERCEDES-BENZ X-CLASS – BMW AUSTRALIA PUJUK HQ SUPAYA HASILKAN TRAK PIKAP

Mesej utama kereta ini ialah ia masih mempunyai roda stereng. BMW akan sentiasa mempunyai roda stereng kerana kereta kami sentiasa berorientasikan pemandu dalam menghasilkan  mesin pemanduan terbaik selain keseronokkan pemanduan, tambah beliau.

Sebenarnya tidak semua jenama berkongsi komitmen yang sama dengan BMW terhadap konsep pemanduan tradisional. Volkswagen contohnya, baru-baru ini telah memperkenalkan I.D. Vizzion Concept sebagai model flagship rangkaian model I.D. tanpa sebarang pedal kawalan ataupun roda stereng. Sekali tengok macam naik Putra LRT (Rapid KL kan?)

Google ads
Back to top button