RASMI: MODENAS VERSYS 650SE DIPERKENAL – DENGAN ‘PANNIERS’ 56L, DARI43.6K
Selain memperkenalkan Kawasaki Z900RS SE, MODENAS turut melancarkan Modenas Versys 650SE untuk pasaran tempatan.
MODENAS Versys 650SE ini didatangkan terus dengan sistem ‘panniers’ (beg tepi) secara standard berbanding versi standard yang kosong.
Menurut MODENAS, Versys 650SE ini dilengkapi dengan sistem ‘panniers’ berkapasiti 56L yang boleh dibuka dan kunci menggunakan kunci sama yang digunakan untuk menghidupkan motosikal.
Untuk pasaran tempatan, MODENAS Versys 650SE ini hadir dengan dua pilihan warna, Metallic Spark Black (RM43,600) dan Candy Lime Green/Metallic Flat Spark Black (RM44,200).
Dalam pada itu, tiada perubahan pada perincian lain dengan Versys 650SE ini masih lagi menawarkan 65.7hp pada 8,500rpm dan 61Nm pada 7,000rpm yang terhasil dari enjin parallel-twin (2-silinder) 649cc DOHC.
GALERI: MODENAS VERSYS 650SE