Motosikal

“TERRACORSA” KISAH DUCATI PANIGALE JADI MOTOSIKAL OFF-ROAD

Ia bermula dengan sebuah video yang kami temui sebuah Panigale 1199 dilanyak dalam laluan off-road. Apa yang jelas, ia dipakaikan dengan tayar lumpur (mud tyre) dan terhuyung hayang dalam lecak dan belukar.

Impresi pertama kami ialah, samada ia dibuat oleh orang gila ataupun si kaya yang dah terlalu banyak duit nak membazir dengan motor superbike yang mahal.

BACA – DUCATI MULTISTRADA 939

BACA – MUZIUM LHM, SYURGA PEMINAT MOTOSIKAL

Kemudian, kami cuba cari sumbernya dan jelas, ia bukanlah projek belakang rumah tapi satu usaha yang macam dah nak komersial dibuat. Tak pasti samada ada pelanggan yang sanggup korbankan Panigale untuk diubah jadi sebuah motor offroad.

Kisah ini datangnya dari Amerika Syarikat di mana syarikat MotoCorsa yang merupakan pengedar Ducati di Portland telah menghasilkan beberapa  motosikal yang unik antaranya ialah sebuah Ducati 1199 Panigale S tahun 2013 yang telah diubahsuai menjadi sebuah model off-road.

Idea untuk menghasilkan motosikal ini timbul secara spontan sewaktu kakitangan MotoCorsa sedang menyiapkan motosikal untuk digunakan untuk perjalanan off-road tahunan yang dianjurkan syarikat di Timur Laut Oregon.

Ketika mereka sedang menyiapkan sebuah Multistrada kepunyaan Arun Sharma, pengurus besar MotoCorsa, Panigale untuk kegunaan litar ini berada di sebelah Multistrada. Mereka sedang dalam proses untuk memasang sepasang tayar Continental TKC80 kepada Multistrada bila seorang rakan Arun datang dan mencadangkan beliau memasang tayar-tayar TKC tersebut kepada Panigale.

ducati-terracorsa-off-road-12

Tindakan spontan Arun ialah, bersetuju dengan cadangan tersebut. Bila Panigale ini disiapkan dan gambarnya tersiar di laman web MotoCorsa, ramai yang mengatakan yang mereka telah membazirkan wang.

Sebenarnya ia tidak benar kerana ia cukup murah. Sebelum ini tayar TKC itu berada di sebelah Panigale tersebut dan beberapa minit kemudian sebuah Panigale off-road sudah tersedia untuk memulakan trip tersebut. Idea gila.

Pengubahsuai Panigale ini sebenarnya lebih kepada aspek kosmetik. Bila tayar “bata” tadi dipasang, kakitangan MotoCorsa beri idea lain dengan mewarnakan badan Pani ini dengan tema Desert Storm, kemudian diikuti dengan pelarasan pada bahagian suspensi.

Bahagian fork hadapan dan suspensi belakang dilaraskan untuk menambahkan kelegaan bumi. Sebenarnya perbezaan yang dicapai cuma seinci lebih je pun tetapi perbezaan tetap boleh dilihat berbanding sebelumnya. Suspensinya pula diberikan tetapan yang paling lembut bersesuaian dengan karektor sebuah motosikal off-road yang sebenarnya.

ducati-terracorsa-off-road-13

Sepertimana anda sedia maklum, segalanya dengan Panigale S ialah berkaitan dengan sistem elektronik. Jadi mereka telah mengubahsuai program yang sedia ada pada motor ini untuk kesesuaian dengan tugasan barunya.

Sewaktu ingin memasang tayar-tayar TKC tersebut, mereka tidak mahu merosakkan rim dan cakera brek Panigale yang cukup cantik lalu ia telah ditukarkan dengan sepasang rim daripada model 1098.

Beberapa pengubahsuaian kecil terpaksa dilakukan sebelum ianya berjaya dipasang kepada Panigale S ini. Hasilnya ialah apa yang anda saksikan pada foto ini.

Seterusnya ialah bahagian ekzos. Memandangkan ekzos asal Termignoni adalah terlalu cantik dan kemungkinan akan rosak sewaktu perjalanan off-road, mereka telah menanggalkannya dan menggantikan dengan ekzos asal 1199 tetapi telah dipotong dan dikimpal semula dengan pelindung hentaman.

Bahagian bawahnya kini kelihatan lebih cool dengan pelindung tersebut yang bertindak sebagai skid plate untuk melindungi bahagian ekzos.

Bila gambarnya mula terpampang pada laman web MotoCorsa, mereka mula menerima pelbagai reaksi ada yang kagum dan ada yang mula menjadikannya viral. Seperti biasa, dengan teknologi Internet, semestinya yang tidak bersetuju dengan idea ini dan mengatakannya sebagai tindakan yang bodoh.

Ada juga yang mengatakan mereka telah merosakkan sebuah motosikal yang cantik. Tetapi yang penting mereka tidak menyusahkan sesiapa dan ia memang berfungsi seperti sebuah motor off-road.

Perjalanan off-road mereka disertai lima penunggang menggunakan sebuah Multistrada, sebuah TerraCorsa dan tiga buah GS. Mereka telah menunggang sejauh 1,200 batu dalam masa lebih tiga hari dalam pelbagai keadaan cuaca dan bentuk muka bumi.

ducati-terracorsa-off-road-2

Perjalanan yang dilakukan hampir menyamai perjalanan yang biasa dilakukan oleh individu lain yang menunggang GS, Super Tenere ataupun KTM. Apa yang mengejutkan, Panigale ini sentiasa berada dalam kelompok ini dan setanding dengan Multistrada dan GS.

Menurut mereka, Panigale ini cukup selesa ditunggang dan semestinya mesti ada keyakinan dan kemampuan untuk mengawalnya dengan baik. Ada beberapa situasi di mana penunggangnya berharap agar ia mempunyai bar hendal yang tinggi seperti motosikal off-road sebenar tetapi tidaklah sampai menggagalkan tunggangan.

BACA – GENTLEMENT AGREEMENT, PERJANJIAN SULIT PENGELUAR buy levitra drug ed MOTOSIKAL

BACA – 10 MOTOSIKAL PALING BURUK DI BUMI

Walau bagaimanapun mereka tidak bercadang untuk menggunakan Panigale ini untuk meneroka laluan baru yang tidak pernah diteroka. Ia telah digunakan untuk perjalanan off-road di laluan yang biasa digunakan oleh sesiapa yang biasa melakukannya dan Panigale membuktikan yang ia mampu melakukannya.

Kini ia telah kembali menjadi Panigale S untuk kegunaan di litar dan akan diubahsuai kembali bila mereka akan membuat perjalanan off-road. Ia tidak pernah dirancang, satu perjalanan yang memang bodoh tetapi sangat berbaloi kerana ia merupakan satu-satu seumpamanya di dunia ini.

sumber

rideapart

 

Google ads
Back to top button