Buletin

KERAJAAN KAJI LAKSANA NOMBOR PLAT KHAS UNTUK KENDERAAN ELEKTRIK

Menteri Pengangkutan, YB Anthony Loke baru-baru ini mengumumkan bahawa kerajaan bakal melaksanakan struktur cukai jalan baharu kenderaan elektrik sebelum akhir tahun 2023.

Struktur baharu itu adalah untuk mempersiapkan pengguna EV yang kini sedang menikmati insentif cukai jalan percuma sehingga 2025.

Jelasnya lagi, rata-rata pengguna bimbang dengan struktur cukai jalan bagi EV kerana mengikut formula lama (cukai jalan EV) impak kosnya tinggi dan boleh mencecah RM4,000 hingga RM5,000 setahun.

Selain itu, turut dinyatakan ialah beberapa insentif baharu bagi merancakkan lagi penggunaan EV di Malaysia, antaranya pengenalan nombor pendaftaran khas untuk kenderaan EV.

“Saya telah memaklumkan kepada JPJ untuk mengeluarkan beberapa insiatif lain bagi pengguna EV, seperti e-plat untuk EV.

“Kita juga boleh mempunyai nombor plat khas untuk EV, bagi membezakannya dengan kenderaan lain,” katanya.

Negara jiran, Singapura, sebelum ini memperkenalkan siri ‘EVS’ bagi kenderaan elektrik yang dipasang di negara tersebut manakala negara lain seperti Jerman, menambah huruf di bahagian hadapan atau belakang nombor pendaftaran.

Loke berkata butiran mengenai perkara ini serta insentif lain akan didedahkan menjelang akhir tahun. – Soya Cincau

Google ads
Back to top button