Buletin

OTOFACTS PLATFORM TERBAIK SEMAK KENDERAAN TERPAKAI. PERIKSA DAHULU SEBELUM BELI KERETA RECOND

Sudah pasti apabila membuat pelaburan dalam urusan jual beli kenderaan terpakai, kita inginkan yang terbaik agar tidak berdepan situasi merugikan pada masa hadapan.

Persoalan yang kerap bermain di fikiran apabila ingin membeli kenderaan terpakai antaranya termasuk kondisi kenderaan, sejarah kenderaan, perinciannya dan banyak lagi.

Begitupun, agar sukar untuk kita memperoleh rekod data kenderaan terpakai terbabit.

Kini, para pengguna tidak perlu risau lagi kerana terdapat platform terbaik yang menawarkan rekod automotif di hujung jari sahaja. Terima lah, biro automotif online pertama di Malaysia, otofacts.

otofacts merupakan platform pangkalan data terbesar di negara ini yang mempunyai akses kepada rekod automotif untuk memastikan ketelusan dan mengurangkan penipuan dalam urusan jual beli kenderaan terpakai.

Apa yang dapat diperoleh melalui otofacts? Platform ini menawarkan laporan kenderaan di dalam negara serta sejarah kenderaan dari negara-negara seperti Jepun, United Kingdom (UK) dan Amerika Syarikat (AS).

Antara maklumat ditawarkan termasuklah kemalangan, perbatuan, pemilik, recall, kecurian, rekod penyelenggaraan, pendaftaran, rekod lelongan, masalah beg udara dan kondisi kenderaan.

Justeru, otofacts dapat mengurangkan risiko. Apatah lagi para pengguna dapat mengetahui sekiranya terdapat perincian tersembunyi di sebalik kenderaan yang ingin dimiliki kelak.

Apa yang lebih menarik tentang platform ini, ia turut membekalkan data kepada negara-negara Asia Tenggara yang ingin mengimport kenderaan dari AS.

Laporan Malaysia

Melalui ruangan ini, para pengguna dapat mengetahui informasi berhubung maklumat lengkap sejarah insurans dan kenderaan.

Perincian seperti syarikat insurans kenderaan semasa, jenis perlindungan, tempoh polisi dan nombor polisi boleh diperoleh dengan mudah.

Malah terdapat maklumat sama ada kenderaan pernah terbabit dalam kemalangan ataupun dicuri. Sudah pasti kita tidak mahu memiliki kenderaan itu.

Untuk mengetahui lebih lanjut boleh klik pautan https://otofacts.com/my/sample-report/my/.

Laporan Sejarah Kenderaan Jepun

Berbeza berbanding laporan untuk Malaysia, ruangan ini memberi gambaran kepada pengguna mengenai kenderaan dari Jepun seperti sejarah kenderaan, spesifikasi dan keselamatan.

Ia turut memaklumkan sekiranya kenderaan pernah terbabit dalam kemalangan, pernah dibaiki, recall atau dilelong lengkap dengan perincian maklumat serta gambar.

Kenapa perlunya laporan data ini? Ia berikutan pada tahun 2013 terdapat kira-kira 1.3 juta kenderaan eksport dari negara Jepun.

Mungkin ramai tidak mengetahui, terdapat 8 juta kenderaan telah dipanggil semula (recall), 600,000 terbabit dalam kemalangan dan 21,000 dilaporkan dicuri.

Bahkan, terdapat sebanyak 30 peratus laporan percanggahan perbatuan, 1,400 kenderaan gagal ujian radioaktif dan ujian pencemaran.

Peminat jentera Jepun yang ingin membeli kereta terpakai dari negara itu boleh menggunakan ruangan ini dengan melayari https://otofacts.com/my/sample-report/jp/

Laporan Sejarah United Kingdom

Para pengguna boleh mengenal pasti sudah berapa kali kenderaan berpindah tangan melalui ruangan ini.

Selain itu, terdapat perincian teknikal kenderaan, informasi perbatuan, nombor pendaftaran, warna kenderaan, sejarah MOT dan banyak lagi.

Anda boleh klik pautan ini untuk maklumat terperinci https://otofacts.com/my/sample-report/uk/

Laporan Sejarah Amerika Syarikat

otofacts merupakan rakan eksklusif yang mempunyai akses dari sumber Amerika Syarikat malah menjadi rujukan bagi pasaran negara-negara Asia Tenggara terutamanya Kemboja.

Ia mempunyai data seperti sejarah kenderaan, pemilik kenderaan, sama ada kenderaan yang ingin dibeli masih boleh digunakan dengan baik ataupun perlu dicampak ke kedai besi buruk.

Informasi lain termasuklah perbatuan, komen dan potensi masalah pada kenderaan yang ingin dibeli itu.

Untuk masuk ke ruangan ini, boleh klik https://otofacts.com/my/sample-report/us/

Nilai Data

Para pengguna yang ingin menggunakan khidmat yang ditawarkan oleh otofacts tidak perlu bimbang kerana bayaran dikenakan adalah berpatutan dengan data diperoleh untuk memiliki kenderaan idaman. Bayaran bermula dari RM6 sehingga RM135 sahaja.

Keterangan lanjut mengenai platform otofacts, sila layari laman web: https://otofacts.com/my/

 

Google ads
Back to top button