" "
Motosikal

E01, EC-05 BAKAL JADI SKUTER ELEKTRIK HONDA

Mula dipertontonkan kepada umum ketika Tokyo Motor Show 2019, Yamaha telah memfailkan paten nama E01 dan EC-05 sekali gus bakal menyaksikan produksi skuter elektrik dalam masa terdekat.

Tokyo Motor Show merupakan platform mempertontonkan reka bentuk serta konsep yang diimpikan oleh pengeluar-pengeluar kenderaan.

Biarpun, tidak semua model konsep yang mendapat kelulusan para pengeluar tetapi skuter E01 merupakan antara model terpilih bakal dibangunkan sebagai produk untuk khalayak umum.

Selepas memfailkan nama terbabit, Yamaha bebas menggunakan nama E01 pada skuter mereka bermula pada 17 Mei 2021.

Selain itu, Yamaha turut mengfailkan terhadap hak harta intelektual bermakna ia merangkumi rekaan dan penampilan jentera terbabit yang dilindungi daripada ditiru oleh pihak lain.

Skuter E01 akan memiliki kuasa sama seperti enjin 125 cc dan menawarkan ciri-ciri tipikal kenderaan elektrik seperti pengecasan di rumah, penyelenggaraan yang mudah dan senang dijaga.

Model EC-05 pula dikatakan bakal memiliki unit bateri boleh ditukar yang mirip seperti skuter pintar Gogoro.

Prinsip asasnya ialah menukar bateri kosong untuk batri yang diisi penuh pada titik pengecasan, memberikan pengisian penuh dengan kadar segera dan membiarkan bateri kosong dicas untuk kegunaan seterusnya kelak.

Sistem terbabit telah digunapakai di Taiwan dan Yamaha merancang sistem sama dilaksanakan di bandar serta Eropah. – visordown

Google ads
Back to top button