Buletin

BIDEN IKRAR TUKAR 650K KENDERAAN KERAJAAN KEPADA EV

Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden berikrar menggantikan kira-kira 650,000 kenderaan kerajaan dengan model elektrik berikutan pentadbiran baharu ingin mengalih focus kea rah tenaga bersih.

“Kerajaan persekutuan memiliki kenderaan yang sangat banyak dan kita akan gantikannya dengan kenderaan elektrik bersih dan mesra alam, dikeluarkan di Amerika oleh pekerja-pekerja Amerika.”

“Ini akan mewujudkan sejuta peluang pekerjaan sektor automotif dan untuk kenderaan tenaga bersih dan dengan pelepasan sifar (zero emissions),” katanya.

White House tidak memaklumkan jangka masa yang akan diambil untuk menggantikan kenderaan-kenderaan tersebut.

Ia dijangka akan menelan belanja kira-kira AS$20 bilion (RM81 bilion).

Menurut Pentadbiran Perkhidmatan Am (GSA), sehingga 2019, kerajaan AS memiliki 645,000 kenderaan yang dipacu sejauh 7.2 bilion km dengan penggunaan petrol dan diesel sebanyak 1419.53 juta liter.

Bahkan, kerajaan AS membelanjakan AS$4.4 bilion (RM17.8 bilion) untuk kos kenderaan persekutuan pada tahun 2019.

Kata GSA lagi, sehingga Julai 2020, terdapat 3,215 kenderaan elektrik sahaja merupakan kenderaan kerajaan. – agensi

Google ads
Back to top button